Mukasatu
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat
Tiada hasil
Lihat semua hasil
Mukasatu
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat
Tiada hasil
Lihat semua hasil
Mukasatu
Tiada hasil
Lihat semua hasil
UtamaDunia

Trump enggan tandatangani rang undang-undang perumahan bipartisan

Wartawan Mukasatu oleh Wartawan Mukasatu
21 Ogos 2026 @ 7:26 pm
Trump enggan tandatangani rang undang-undang perumahan bipartisan

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berjalan melalui laluan Colonnade sebelum berucap pada acara Rose Garden Club di Taman Mawar, Rumah Putih, Washington, DC. – Gambar AFP

38
PAPARAN

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata beliau tidak akan menandatangani rang undang-undang bipartisan berkaitan kemampuan memiliki rumah yang sebelum ini disifatkannya sebagai “sangat membosankan”.

Bagaimanapun, rang undang-undang itu masih boleh berkuat kuasa tanpa tandatangan beliau.

Trump menerusi hantaran di media sosial berkata, beliau sengaja tidak menandatangani rang undang-undang berkenaan sebagai tanda protes terhadap kegagalan Senat AS meluluskan Akta SAVE America.

Rang undang-undang perumahan itu merupakan antara perkara yang jarang mendapat persetujuan kedua-dua parti dalam Kongres AS yang kini berpecah secara mendalam.

Antara peruntukan utamanya ialah pengecualian atau pemendekan proses semakan alam sekitar bagi projek pembinaan rumah, selain mengehadkan jumlah rumah keluarga tunggal siap dibina yang boleh dimiliki pelabur besar Wall Street.

Pada 29 Jun lalu, Trump menyifatkan rang undang-undang berkenaan sebagai “sangat membosankan” berbanding cadangan undang-undang berkaitan pengundian.

Sumber yang mengetahui perkara itu berkata, Trump berkemungkinan membiarkan rang undang-undang tersebut berkuat kuasa tanpa tandatangannya. Sekiranya berlaku, ia akan secara automatik menjadi undang-undang pada Sabtu.

Baca Juga
Kanada kenakan tarif balas ke atas pelbagai sektor ASMalaysia, Brunei bimbang konflik Asia Barat semakin meruncingPenduduk Taman YPJ Punggai dakwa tunggu CCC sehingga 13 tahun

Trump sebelum ini secara tiba-tiba membatalkan majlis menandatangani rang undang-undang itu pada 24 Jun bagi memberi tekanan kepada anggota Republikan supaya meluluskan Akta SAVE America.

Akta berkenaan akan mewajibkan bukti kewarganegaraan untuk mendaftar sebagai pengundi serta mewujudkan pangkalan data pengundi kebangsaan menggunakan rekod negeri.

Rang undang-undang perumahan itu memberi peluang kepada wakil Republikan dan Demokrat untuk menunjukkan bahawa mereka mengambil tindakan menangani peningkatan kos sara hidup menjelang pilihan raya pertengahan penggal November ini.

Namun, keengganan Trump menandatanganinya dijangka menyukarkan Republikan untuk menggunakan kelulusan tersebut sebagai pencapaian politik.

“Republikan lebih rela menyukarkan rakyat mengundi daripada memudahkan mereka memiliki rumah,” kata Ketua Demokrat Dewan Perwakilan, Hakeem Jeffries menerusi media sosial.

Isu kos sara hidup menjadi cabaran utama buat Republikan susulan kritikan Demokrat terhadap pelaksanaan tarif ke atas barangan import yang didakwa meningkatkan harga barangan pengguna serta kos input pertanian.

Trump bagaimanapun menyifatkan Akta 21st Century ROAD to Housing sebagai tidak penting berbanding Akta SAVE America. Beliau juga pernah menolak kebimbangan mengenai kemampuan rakyat menanggung kos sara hidup sebagai satu “penipuan”.

– Reuters

Tag: Amerika SyarikatDonald TrumpPerumahan
Berita Seterusnya
EAIC kesan ketidakaturan proses kewarganegaraan tujuh pemain naturalisasi

EAIC kesan ketidakaturan proses kewarganegaraan tujuh pemain naturalisasi

Merino sekali lagi wira Sepanyol, singkir Belgium ke separuh akhir Piala Dunia

PRN Johor: Kesesakan trafik petanda awal peratusan mengundi boleh melebihi 70 peratus – Dr. Zaliha

PRN Johor: Kesesakan trafik petanda awal peratusan mengundi boleh melebihi 70 peratus - Dr. Zaliha

Waktu Solat

Kuala Lumpur & Putrajaya · 26 Ogos 2026
Subuh06:01
Syuruk07:09
Zohor13:18
Asar16:29
Maghrib19:23
Isyak20:33
Sumber: JAKIM e-Solat
Surat Berita

Dapatkan berita terus ke inbox

Ringkasan berita utama Muka Satu.

Dengan melanggan anda bersetuju dengan Dasar Privasi Muka Satu.

Terkini

Joao Pedro menjaringkan gol pembukaan Chelsea seawal saat ke-31 ketika menentang Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Craven Cottage, London. - Foto REUTERS

Pedro cipta rekod, Chelsea tewaskan Fulham 3-2

24 jam yang lalu
Indeks Pelopor naik 1.3 peratus, prospek ekonomi Malaysia kekal positif

Indeks Pelopor naik 1.3 peratus, prospek ekonomi Malaysia kekal positif

24 Ogo 2026
Industri tidak adil, memeras antara punca tragedi hidup seniman terdahulu — Anwar

Industri tidak adil, memeras antara punca tragedi hidup seniman terdahulu — Anwar

24 Ogo 2026
Jangan jadikan filem, seni alat propaganda picisan — Anwar

Jangan jadikan filem, seni alat propaganda picisan — Anwar

24 Ogo 2026
Belanjawan 2027: Anwar beri bayangan seni, filem bakal terus diperkasa

Belanjawan 2027: Anwar beri bayangan seni, filem bakal terus diperkasa

24 Ogo 2026

Paling Dibaca

Dari kiri: Profesor Madya Dr Shahsuzan Zakaria, Dr Muhammad Syukri Abdullah, Ariff Khalid, Yusrie Mohd Daud, Muhamad Aidil Tasnim Roslan

Belanjawan 2027: Rakyat mahu pertumbuhan ekonomi benar-benar terasa

24 Ogo 2026
Foto hiasan

Saringan dadah rawak juruterbang, kru antara langkah keselamatan baharu di KLIA

20 Ogo 2026
PRN Melaka: PN dakwa hampir sepakat, PH buka rundingan, BN masih timbang ‘jodoh’

PRN Melaka: PN dakwa hampir sepakat, PH buka rundingan, BN masih timbang ‘jodoh’

23 Ogo 2026
Foto ihsan BERNAMA

Fadhlina dahului 1,328 penerima darjah Melaka, Ziana Zain bergelar Datuk

24 Ogo 2026
Belanjawan 2027 fokus kos sara hidup, tarik lebih banyak pelaburan

Belanjawan 2027 fokus kos sara hidup, tarik lebih banyak pelaburan

23 Ogo 2026
Mukasatu

Muka Satu membawakan berita semasa, politik, ekonomi, dunia dan sukan secara pantas, tepat dan mudah difahami. Ikuti perkembangan terkini yang penting untuk anda.

Ikuti Kami

Kategori

  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat

Hubungi Kami

  • Sidang Pengarangeditor@mukasatu.com
  • Iklan & Kerjasamaiklan@mukasatu.com
  • Peluang Kerjayakerjaya@mukasatu.com
  • Pertanyaan Aminfo@mukasatu.com
  • Tetapan Kuki
  • Dasar Privasi
  • Kerjaya
  • Penafian & Hak Cipta
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Terma Penggunaan

© 2026 Muka Satu Media (003882276-D). Hak cipta terpelihara.

►
Kuki perlu membolehkan fungsi asas laman seperti log masuk selamat dan tetapan persetujuan. Ia tidak menyimpan data peribadi.
Tiada
►
Kuki fungsi menyokong ciri seperti perkongsian kandungan di media sosial, pengumpulan maklum balas, dan penggunaan alat pihak ketiga.
Tiada
►
Kuki analitik merekod interaksi pelawat bagi memberi gambaran tentang jumlah pelawat, kadar lantunan, dan sumber trafik.
Tiada
►
Kuki iklan memaparkan iklan bersesuaian berdasarkan lawatan lepas anda dan menilai keberkesanan kempen iklan.
Tiada
►
Kuki tidak dikelaskan ialah kuki yang sedang dalam proses pengelasan bersama penyedia kuki berkenaan.
Tiada
Tiada hasil
Lihat semua hasil
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat

© 2026 Muka Satu Media (003882276-D). Hak cipta terpelihara.

Paling Dibaca
1Pedro cipta rekod, Chelsea tewaskan Fulham 3-22Indeks Pelopor naik 1.3 peratus, prospek ekonomi Malaysia kekal positif3Industri tidak adil, memeras antara punca tragedi hidup seniman terdahulu — Anwar4Jangan jadikan filem, seni alat propaganda picisan — Anwar