Mukasatu
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat
Tiada hasil
Lihat semua hasil
Mukasatu
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat
Tiada hasil
Lihat semua hasil
Mukasatu
Tiada hasil
Lihat semua hasil
UtamaEkonomi

Belanjawan 2027: Anwar beri bayangan seni, filem bakal terus diperkasa

Wartawan Mukasatu oleh Wartawan Mukasatu
24 Ogos 2026 @ 11:27 pm
Belanjawan 2027: Anwar beri bayangan seni, filem bakal terus diperkasa

89 65 66 32 80 101 114 100 97 110 97 32 77 101 110 116 101 114 105 44 32 68 97 116 111 39 32 83 101 114 105 32 65 110 119 97 114 32 73 98 114 97 104 105 109 32 115 101 109 97 115 97 32 77 97 106 108 105 115 32 80 101 114 97 115 109 105 97 110 32 77 101 110 97 114 97 32 80 101 114 98 97 100 97 110 97 110 32 75 101 109 97 106 117 97 110 32 70 105 108 101 109 32 78 97 115 105 111 110 97 108 32 77 97 108 97 121 115 105 97 32 32 40 70 73 78 65 83 41 32 100 105 32 68 97 109 97 110 115 97 114 97 44 32 75 117 97 10

0
PAPARAN

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan sektor seni, budaya dan industri perfileman akan terus diberi perhatian kerajaan ketika strategi Belanjawan 2027 kini berada di peringkat akhir penyediaan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, selain memberi tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi, kos sara hidup dan permasalahan rakyat, kerajaan turut mahu memastikan Malaysia dikenali sebagai negara yang mempunyai kekuatan seni, budaya serta industri perfileman.

“Saya di peringkat akhir melakar strategi belanjawan negara. Insya-Allah, diluncurkan pada awal Oktober.

“Dan saya yakin selain daripada kemelut ekonomi yang juga kita bicarakan dan usaha penumpuan tentang pemacuan ekonomi dan soal kos sara hidup, masalah rakyat, kita juga harus mahu supaya rakyat Malaysia ini juga bangga sebagai satu negara indah, gemilang, hebat dan cemerlang seni budaya dan filemnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Menara FINAS Damansara di Damansara Damai, hari ini.

Menurut Anwar, kerajaan sebelum ini turut meningkatkan peruntukan bukan sahaja bagi industri filem, malah meliputi bidang teater, sastera dan seni sebagai sebahagian usaha memperkukuh budaya negara.

“Saya mahu Malaysia ini terangkat kerana kekuatan ekonominya dan budaya yang diperkasa, termasuk dalam industri filem.

“Sebab itu peruntukan kita, kita tambah bukan sahaja filem tapi juga teater, sastera, seni, dan ini yang memberikan corak yang berbeda, memberikan kekuatan kepada negara kita,” katanya.

Baca Juga
Industri tidak adil, memeras antara punca tragedi hidup seniman terdahulu — AnwarJangan jadikan filem, seni alat propaganda picisan — AnwarIndustri filem perlu lebih bebas untuk berkembang — Anwar

Anwar dalam nada berseloroh turut menyentuh permintaan berhubung peruntukan yang dibangkitkan Pengerusi FINAS Datuk Dr Hans Isaac pada majlis berkenaan.

“Dia bicara soal peruntukan, peruntukan, peruntukan, peruntukan, peruntukan.

“Jadi saya tahu nawaitu dia jemput saya itu dia sebenarnya. Dan saya faham itu satu keperluan, semestinya,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata pembangunan industri perfileman perlu turut mengambil kira kebajikan keseluruhan ekosistem industri, termasuk pelakon, penggiat seni serta tenaga kerja di belakang tabir.

Katanya, kejayaan sesebuah industri tidak sewajarnya hanya dinilai berdasarkan hasil karya atau pencapaian komersial, sebaliknya nasib mereka yang menggerakkan industri itu juga perlu mendapat pembelaan sewajarnya.

“Satu hal yang tak boleh dimungkiri ialah keperluan kita memberikan segala suntikan dan dukungan yang perlu supaya bukan sahaja industri itu berhasil tetapi nasib dan pembelaan terhadap para penggeraknya, dari pelakonnya kepada penggiat seninya dan juga seluruh tentera yang menghasilkan dan menjayakan,” katanya.

Anwar turut mengingatkan sejarah industri seni negara memperlihatkan sebahagian seniman terdahulu berdepan kesukaran akibat sistem industri yang tidak terurus dan tidak adil.

Justeru, katanya, kerajaan akan terus mengadakan rundingan dan dialog dengan pemain industri bagi mencari ruang penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Belanjawan 2027 dijadualkan dibentangkan pada awal Oktober depan.

Tag: Anwar IbrahimBelanjawan 2027FINAS
Berita Seterusnya
Jangan jadikan filem, seni alat propaganda picisan — Anwar

Jangan jadikan filem, seni alat propaganda picisan — Anwar

Industri tidak adil, memeras antara punca tragedi hidup seniman terdahulu — Anwar

Industri tidak adil, memeras antara punca tragedi hidup seniman terdahulu — Anwar

Indeks Pelopor naik 1.3 peratus, prospek ekonomi Malaysia kekal positif

Indeks Pelopor naik 1.3 peratus, prospek ekonomi Malaysia kekal positif

Waktu Solat

Kuala Lumpur & Putrajaya · 25 Ogos 2026
Subuh06:01
Syuruk07:09
Zohor13:18
Asar16:30
Maghrib19:23
Isyak20:34
Sumber: JAKIM e-Solat
Surat Berita

Dapatkan berita terus ke inbox

Ringkasan berita utama Muka Satu.

Dengan melanggan anda bersetuju dengan Dasar Privasi Muka Satu.

Terkini

Indeks Pelopor naik 1.3 peratus, prospek ekonomi Malaysia kekal positif

Indeks Pelopor naik 1.3 peratus, prospek ekonomi Malaysia kekal positif

2 jam yang lalu
Industri tidak adil, memeras antara punca tragedi hidup seniman terdahulu — Anwar

Industri tidak adil, memeras antara punca tragedi hidup seniman terdahulu — Anwar

2 jam yang lalu
Jangan jadikan filem, seni alat propaganda picisan — Anwar

Jangan jadikan filem, seni alat propaganda picisan — Anwar

2 jam yang lalu
Belanjawan 2027: Anwar beri bayangan seni, filem bakal terus diperkasa

Belanjawan 2027: Anwar beri bayangan seni, filem bakal terus diperkasa

2 jam yang lalu
Industri filem perlu lebih bebas untuk berkembang — Anwar

Industri filem perlu lebih bebas untuk berkembang — Anwar

2 jam yang lalu

Paling Dibaca

Dari kiri: Profesor Madya Dr Shahsuzan Zakaria, Dr Muhammad Syukri Abdullah, Ariff Khalid, Yusrie Mohd Daud, Muhamad Aidil Tasnim Roslan

Belanjawan 2027: Rakyat mahu pertumbuhan ekonomi benar-benar terasa

16 jam yang lalu
Foto hiasan

Saringan dadah rawak juruterbang, kru antara langkah keselamatan baharu di KLIA

20 Ogo 2026
PRN Melaka: PN dakwa hampir sepakat, PH buka rundingan, BN masih timbang ‘jodoh’

PRN Melaka: PN dakwa hampir sepakat, PH buka rundingan, BN masih timbang ‘jodoh’

23 Ogo 2026
Foto ihsan BERNAMA

Fadhlina dahului 1,328 penerima darjah Melaka, Ziana Zain bergelar Datuk

13 jam yang lalu
Belanjawan 2027 fokus kos sara hidup, tarik lebih banyak pelaburan

Belanjawan 2027 fokus kos sara hidup, tarik lebih banyak pelaburan

23 Ogo 2026
Mukasatu

Muka Satu membawakan berita semasa, politik, ekonomi, dunia dan sukan secara pantas, tepat dan mudah difahami. Ikuti perkembangan terkini yang penting untuk anda.

Ikuti Kami

Kategori

  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat

Hubungi Kami

  • Sidang Pengarangeditor@mukasatu.com
  • Iklan & Kerjasamaiklan@mukasatu.com
  • Peluang Kerjayakerjaya@mukasatu.com
  • Pertanyaan Aminfo@mukasatu.com
  • Tetapan Kuki
  • Dasar Privasi
  • Kerjaya
  • Penafian & Hak Cipta
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Terma Penggunaan

© 2026 Muka Satu Media (003882276-D). Hak cipta terpelihara.

►
Kuki perlu membolehkan fungsi asas laman seperti log masuk selamat dan tetapan persetujuan. Ia tidak menyimpan data peribadi.
Tiada
►
Kuki fungsi menyokong ciri seperti perkongsian kandungan di media sosial, pengumpulan maklum balas, dan penggunaan alat pihak ketiga.
Tiada
►
Kuki analitik merekod interaksi pelawat bagi memberi gambaran tentang jumlah pelawat, kadar lantunan, dan sumber trafik.
Tiada
►
Kuki iklan memaparkan iklan bersesuaian berdasarkan lawatan lepas anda dan menilai keberkesanan kempen iklan.
Tiada
►
Kuki tidak dikelaskan ialah kuki yang sedang dalam proses pengelasan bersama penyedia kuki berkenaan.
Tiada
Tiada hasil
Lihat semua hasil
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat

© 2026 Muka Satu Media (003882276-D). Hak cipta terpelihara.

Paling Dibaca
1Indeks Pelopor naik 1.3 peratus, prospek ekonomi Malaysia kekal positif2Industri tidak adil, memeras antara punca tragedi hidup seniman terdahulu — Anwar3Jangan jadikan filem, seni alat propaganda picisan — Anwar4Belanjawan 2027: Anwar beri bayangan seni, filem bakal terus diperkasa