Mukasatu
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat
Tiada hasil
Lihat semua hasil
Mukasatu
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat
Tiada hasil
Lihat semua hasil
Mukasatu
Tiada hasil
Lihat semua hasil
UtamaEkonomi

Indeks Pelopor naik 1.3 peratus, prospek ekonomi Malaysia kekal positif

Wartawan Mukasatu oleh Wartawan Mukasatu
24 Ogos 2026 @ 11:39 pm
Indeks Pelopor naik 1.3 peratus, prospek ekonomi Malaysia kekal positif
1
PAPARAN

PUTRAJAYA — Prospek ekonomi Malaysia kekal positif apabila Indeks Pelopor (IP) meningkat 1.3 peratus tahun ke tahun pada Jun 2026, sekali gus memberi petunjuk bahawa aktiviti ekonomi dijangka terus berkembang dalam tempoh terdekat.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan IP mencatatkan 114.8 mata pada Jun lalu berbanding 113.3 mata pada bulan sama tahun sebelumnya.

Menurut DOSM, pertumbuhan itu didorong terutamanya oleh peningkatan ketara Import Benar Logam Asas Berharga dan Logam Bukan Ferus Lain sebanyak 35.1 peratus, selain prestasi kukuh Import Benar Semi Konduktor yang berkembang 14.2 peratus.

Perkembangan berkenaan selari dengan pengukuhan aktiviti perdagangan negara, khususnya permintaan berterusan terhadap produk elektrik dan elektronik (E&E).

Bagaimanapun, prestasi keseluruhan IP diimbangi oleh penurunan dalam beberapa komponen, terutama Bilangan Syarikat Baru Didaftar.

Pada asas bulanan, IP turut meningkat secara marginal sebanyak 0.02 peratus, disumbangkan oleh pertumbuhan 0.8 peratus dalam Import Benar Logam Asas Berharga dan Logam Bukan Ferus Lain.

DOSM berkata, meskipun arah aliran jangka panjang terlicin IP masih berada di bawah paras 100 mata, prospek pertumbuhan ekonomi negara kekal memberangsangkan.

Baca Juga
Belanjawan 2027: Anwar beri bayangan seni, filem bakal terus diperkasaBelanjawan 2027: Rakyat mahu pertumbuhan ekonomi benar-benar terasaBelanjawan 2027 fokus kos sara hidup, tarik lebih banyak pelaburan

“Namun begitu, ekonomi Malaysia dijangka terus berkembang disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan serta aktiviti pelaburan yang terus meningkat.

“Pada masa yang sama, landskap ekonomi global yang semakin dinamik serta pemulihan dalam perdagangan antarabangsa dijangka terus menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia,” menurut kenyataan itu hari ini.

Sementara itu, prestasi ekonomi semasa turut menunjukkan pengukuhan apabila Indeks Serentak (IS) meningkat 2.6 peratus tahun ke tahun kepada 131.6 mata pada Jun.

Peningkatan itu disokong pertumbuhan dalam semua komponennya, terutama Nilai Caruman Benar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang meningkat 16 peratus dan Indeks Kuantiti Perdagangan Runcit sebanyak 4.1 peratus.

Bagi perbandingan bulan ke bulan, IS meningkat 0.3 peratus, disumbangkan antaranya oleh peningkatan 0.2 peratus dalam Kapasiti Penggunaan sektor Pembuatan.

IP digunakan sebagai petunjuk awal bagi mengenal pasti titik perubahan dalam kitaran perniagaan serta arah ekonomi dalam tempoh terdekat, manakala IS menggambarkan keadaan semasa aktiviti ekonomi negara.

Dalam perkembangan berkaitan, DOSM sedang melaksanakan Banci Ekonomi 2026 (BE2026) bertemakan “Data Nadi Ekonomi Rakyat” dari 5 Januari hingga 31 Oktober tahun ini bagi mengumpulkan maklumat menyeluruh mengenai struktur serta prestasi perniagaan dan ekonomi negara.

Tag: DOSM

Waktu Solat

Kuala Lumpur & Putrajaya · 25 Ogos 2026
Subuh06:01
Syuruk07:09
Zohor13:18
Asar16:30
Maghrib19:23
Isyak20:34
Sumber: JAKIM e-Solat
Surat Berita

Dapatkan berita terus ke inbox

Ringkasan berita utama Muka Satu.

Dengan melanggan anda bersetuju dengan Dasar Privasi Muka Satu.

Terkini

Indeks Pelopor naik 1.3 peratus, prospek ekonomi Malaysia kekal positif

Indeks Pelopor naik 1.3 peratus, prospek ekonomi Malaysia kekal positif

2 jam yang lalu
Industri tidak adil, memeras antara punca tragedi hidup seniman terdahulu — Anwar

Industri tidak adil, memeras antara punca tragedi hidup seniman terdahulu — Anwar

2 jam yang lalu
Jangan jadikan filem, seni alat propaganda picisan — Anwar

Jangan jadikan filem, seni alat propaganda picisan — Anwar

2 jam yang lalu
Belanjawan 2027: Anwar beri bayangan seni, filem bakal terus diperkasa

Belanjawan 2027: Anwar beri bayangan seni, filem bakal terus diperkasa

2 jam yang lalu
Industri filem perlu lebih bebas untuk berkembang — Anwar

Industri filem perlu lebih bebas untuk berkembang — Anwar

2 jam yang lalu

Paling Dibaca

Dari kiri: Profesor Madya Dr Shahsuzan Zakaria, Dr Muhammad Syukri Abdullah, Ariff Khalid, Yusrie Mohd Daud, Muhamad Aidil Tasnim Roslan

Belanjawan 2027: Rakyat mahu pertumbuhan ekonomi benar-benar terasa

16 jam yang lalu
Foto hiasan

Saringan dadah rawak juruterbang, kru antara langkah keselamatan baharu di KLIA

20 Ogo 2026
PRN Melaka: PN dakwa hampir sepakat, PH buka rundingan, BN masih timbang ‘jodoh’

PRN Melaka: PN dakwa hampir sepakat, PH buka rundingan, BN masih timbang ‘jodoh’

23 Ogo 2026
Foto ihsan BERNAMA

Fadhlina dahului 1,328 penerima darjah Melaka, Ziana Zain bergelar Datuk

13 jam yang lalu
Belanjawan 2027 fokus kos sara hidup, tarik lebih banyak pelaburan

Belanjawan 2027 fokus kos sara hidup, tarik lebih banyak pelaburan

23 Ogo 2026
Mukasatu

Muka Satu membawakan berita semasa, politik, ekonomi, dunia dan sukan secara pantas, tepat dan mudah difahami. Ikuti perkembangan terkini yang penting untuk anda.

Ikuti Kami

Kategori

  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat

Hubungi Kami

  • Sidang Pengarangeditor@mukasatu.com
  • Iklan & Kerjasamaiklan@mukasatu.com
  • Peluang Kerjayakerjaya@mukasatu.com
  • Pertanyaan Aminfo@mukasatu.com
  • Tetapan Kuki
  • Dasar Privasi
  • Kerjaya
  • Penafian & Hak Cipta
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Terma Penggunaan

© 2026 Muka Satu Media (003882276-D). Hak cipta terpelihara.

►
Kuki perlu membolehkan fungsi asas laman seperti log masuk selamat dan tetapan persetujuan. Ia tidak menyimpan data peribadi.
Tiada
►
Kuki fungsi menyokong ciri seperti perkongsian kandungan di media sosial, pengumpulan maklum balas, dan penggunaan alat pihak ketiga.
Tiada
►
Kuki analitik merekod interaksi pelawat bagi memberi gambaran tentang jumlah pelawat, kadar lantunan, dan sumber trafik.
Tiada
►
Kuki iklan memaparkan iklan bersesuaian berdasarkan lawatan lepas anda dan menilai keberkesanan kempen iklan.
Tiada
►
Kuki tidak dikelaskan ialah kuki yang sedang dalam proses pengelasan bersama penyedia kuki berkenaan.
Tiada
Tiada hasil
Lihat semua hasil
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat

© 2026 Muka Satu Media (003882276-D). Hak cipta terpelihara.

Paling Dibaca
1Indeks Pelopor naik 1.3 peratus, prospek ekonomi Malaysia kekal positif2Industri tidak adil, memeras antara punca tragedi hidup seniman terdahulu — Anwar3Jangan jadikan filem, seni alat propaganda picisan — Anwar4Belanjawan 2027: Anwar beri bayangan seni, filem bakal terus diperkasa