Kerjaya

Muka Satu sedang membina ruang berita. Kalau anda percaya berita boleh ditulis dengan jelas tanpa mengorbankan ketepatan, kami mahu berkenalan dengan anda.

Kenapa Muka Satu

  • Ruang berita kecil — kerja anda nampak, bukan tenggelam.
  • Kebebasan editorial sebenar. Tiada arahan dari mana-mana parti atau pengiklan.
  • Kami melabur dalam kemahiran: latihan penulisan, video, dan data journalism.
  • Waktu kerja fleksibel dan susunan hibrid untuk kebanyakan peranan.

Bidang Yang Kami Cari

Kami belum membuka jawatan tetap secara rasmi, tetapi permohonan am sentiasa dibuka untuk bidang berikut:

  • Wartawan — Nasional, Politik, Ekonomi atau Sukan
  • Editor Berita — penyuntingan, semakan fakta dan penjadualan penerbitan
  • Videografer / Jurugambar — liputan lapangan dan kandungan pendek
  • Eksekutif Media Sosial — pengedaran kandungan dan pembinaan komuniti
  • Pereka Grafik — grafik berita, infografik dan aset media sosial
  • Penulis Pendapat — sumbangan bebas untuk ruangan Pendapat

Latihan Industri

Kami menerima pelajar latihan industri sepanjang tahun untuk bidang kewartawanan, komunikasi massa, dan pengeluaran media. Hantar surat penempatan universiti bersama permohonan anda.

Cara Memohon

E-mel ke info@mukasatu.com dengan tajuk “Kerjaya — [Bidang Anda]” dan sertakan:

  • Resume terkini (PDF)
  • Tiga contoh kerja terbaik anda — artikel, video, reka bentuk atau kempen
  • Satu perenggan: kenapa Muka Satu, dan apa yang anda mahu liputi

Kami menyemak setiap permohonan. Calon yang bersesuaian akan dihubungi dalam tempoh dua minggu.