Mukasatu
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat
No Result
View All Result
Mukasatu
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat
No Result
View All Result
Mukasatu
No Result
View All Result
Utama Nasional

AUKU bakal diganti satu akta baharu, Kabinet beri lampu hijau

Muhammad Akmal Ridzuan Abd Rahim oleh Muhammad Akmal Ridzuan Abd Rahim
21 Ogos 2026 @ 7:26 pm
Foto hiasan

Foto hiasan

11
VIEWS

PUTRAJAYA – Kabinet bersetuju supaya satu akta baharu dibangunkan bagi menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), susulan keputusan kerajaan untuk memansuhkan undang-undang berusia lebih lima dekad itu.

Keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 19 Ogos, empat hari selepas Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan AUKU pada 15 Ogos lalu.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan hari ini berkata, undang-undang baharu itu akan dibangunkan melalui pendekatan Satu Akta Pendidikan Tinggi bagi mewujudkan kerangka perundangan yang lebih menyeluruh untuk sektor pendidikan tinggi negara.

Sebagai langkah awal, sebuah Jawatankuasa Bebas akan ditubuhkan untuk menjalankan kajian dan mengemukakan syor mengenai bentuk undang-undang baharu berkenaan.

Baca Juga
Saringan dadah rawak juruterbang, kru antara langkah keselamatan baharu di KLIAKerajaan cari jalan tamat sekatan eksport udang ke ThailandKEADILAN perlu fikir ‘Who’s next after Anwar?’ – Zaliha

KPT turut akan mengadakan libat urus menyeluruh dengan pemegang taruh sebelum kerangka dasar dan perundangan dimuktamadkan sebagai asas kepada Rang Undang-Undang baharu.

Pada masa sama, kerajaan akan menyediakan mekanisme peralihan bagi memastikan pemansuhan AUKU tidak menyebabkan kelompangan undang-undang atau mengganggu tadbir urus serta operasi institusi pendidikan tinggi.

Menurut KPT, undang-undang baharu itu antara lain disasarkan untuk membuka ruang lebih luas kepada autonomi dan inovasi institusi pendidikan tinggi, selain memperkukuh perlindungan terhadap kepentingan warga pendidikan tinggi.

Tags: Anwar IbrahimAUKUJemaah MenteriPendidikan Tinggi
Next Post
Foto hiasan

Saringan dadah rawak juruterbang, kru antara langkah keselamatan baharu di KLIA

Foto fail BERNAMA

Jerebu Sarawak makin buruk, IPU Serian cecah 227

Waktu Solat

Kuala Lumpur & Putrajaya · 21 Ogos 2026
Subuh06:01
Syuruk07:10
Zohor13:19
Asar16:33
Maghrib19:25
Isyak20:35
Sumber: JAKIM e-Solat
Surat Berita

Dapatkan berita terus ke inbox

Ringkasan berita utama Muka Satu.

Dengan melanggan anda bersetuju dengan Dasar Privasi Muka Satu.

Terkini

Foto fail BERNAMA

Jerebu Sarawak makin buruk, IPU Serian cecah 227

3 jam yang lalu
Foto hiasan

Saringan dadah rawak juruterbang, kru antara langkah keselamatan baharu di KLIA

20 Ogo 2026
Foto hiasan

AUKU bakal diganti satu akta baharu, Kabinet beri lampu hijau

20 Ogo 2026
KEADILAN perlu fikir ‘Who’s next after Anwar?’ – Zaliha

KEADILAN perlu fikir ‘Who’s next after Anwar?’ – Zaliha

16 Ogo 2026

Kerajaan cari jalan tamat sekatan eksport udang ke Thailand

16 Jul 2026

Paling Dibaca

PRN Johor: Kesesakan trafik petanda awal peratusan mengundi boleh melebihi 70 peratus – Dr. Zaliha

PRN Johor: Kesesakan trafik petanda awal peratusan mengundi boleh melebihi 70 peratus – Dr. Zaliha

11 Jul 2026
EAIC kesan ketidakaturan proses kewarganegaraan tujuh pemain naturalisasi

EAIC kesan ketidakaturan proses kewarganegaraan tujuh pemain naturalisasi

11 Jul 2026
Kebakaran Hutan Di Ontario, Kanada Cetus Kabut, Jejas Perkhimatan Tren

Kebakaran Hutan Di Ontario, Kanada Cetus Kabut, Jejas Perkhimatan Tren

16 Jul 2026
Penduduk Taman YPJ Punggai dakwa tunggu CCC sehingga 13 tahun

Penduduk Taman YPJ Punggai dakwa tunggu CCC sehingga 13 tahun

10 Jul 2026

Merino sekali lagi wira Sepanyol, singkir Belgium ke separuh akhir Piala Dunia

11 Jul 2026
Mukasatu

Muka Satu membawakan berita semasa, politik, ekonomi, dunia dan sukan secara pantas, tepat dan mudah difahami. Ikuti perkembangan terkini yang penting untuk anda.

Ikuti Kami di Media Sosial

  • Dasar Privasi
  • Kerjaya
  • Penafian & Hak Cipta
  • Tentang Kami
  • Dasar Editorial

2026 © Muka Satu Media (003882276-D). Hak cipta terpelihara.

►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
No Result
View All Result
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat

2026 © Muka Satu Media (003882276-D). Hak cipta terpelihara.

Paling Dibaca
1Jerebu Sarawak makin buruk, IPU Serian cecah 2272Saringan dadah rawak juruterbang, kru antara langkah keselamatan baharu di KLIA3AUKU bakal diganti satu akta baharu, Kabinet beri lampu hijau4KEADILAN perlu fikir ‘Who’s next after Anwar?’ – Zaliha