Mukasatu
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat
No Result
View All Result
Mukasatu
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat
No Result
View All Result
Mukasatu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat
Utama Nasional

Jerebu Sarawak makin buruk, IPU Serian cecah 227

Muhammad Akmal Ridzuan Abd Rahim oleh Muhammad Akmal Ridzuan Abd Rahim
21 Ogos 2026 @ 7:43 pm
Foto fail BERNAMA

Foto fail BERNAMA

2
VIEWS

KUALA LUMPUR — Kualiti udara di Sarawak semakin merosot apabila IPD Serian merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) 227, sekali gus berada pada tahap sangat tidak sihat setakat jam 2 petang hari ini.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) memaklumkan sembilan lagi kawasan di negeri itu berada pada tahap tidak sihat, dengan Sri Aman mencatatkan IPU 187, Kuching (176), Samarahan (175), Sarikei (174), Sibu (157), Bintulu dan Samalaju masing-masing 154 serta Kapit dan Mukah masing-masing 130.

Menurut JAS, keadaan itu berpunca daripada pergerakan asap jerebu daripada pelbagai arah, termasuk kepulan asap rentas sempadan dari Kalimantan.

Berdasarkan laporan ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC), sebanyak 288 titik panas dikesan di Kalimantan dan 53 di Sumatera pada 20 Ogos, manakala dua titik panas direkodkan dalam negara, masing-masing satu di Sarawak dan Terengganu.

Peta Jerebu Serantau ASMC hari ini turut menunjukkan kepulan asap sederhana hingga padat dari Kalimantan Barat bergerak ke arah utara dan memasuki bahagian barat Sarawak.

Baca Juga
Kebakaran Hutan Di Ontario, Kanada Cetus Kabut, Jejas Perkhimatan TrenSaringan dadah rawak juruterbang, kru antara langkah keselamatan baharu di KLIAAUKU bakal diganti satu akta baharu, Kabinet beri lampu hijau

Beberapa stesen pemantauan di Kalimantan serta bahagian barat dan tengah Sarawak turut merekodkan kualiti udara pada tahap tidak sihat sehingga berbahaya.

Susulan keadaan itu, JAS meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan di kawasan berisiko berlaku pembakaran terbuka selain mengaktifkan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.

Mengikut Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, semua aktiviti di luar bilik darjah perlu dihentikan apabila IPU melebihi 100, manakala sekolah, tadika dan taska perlu ditutup serta-merta sekiranya bacaan melebihi 200.

Operasi pembenihan awan pula boleh dilaksanakan sekiranya IPU melebihi 150 untuk tempoh lebih 24 jam, tertakluk kepada keadaan awan dan cuaca yang sesuai.

JAS turut mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka. Di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024, kesalahan berkenaan boleh dikenakan denda minimum RM25,000 sehingga maksimum RM1 juta, penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Tags: CuacaJerebuSarawakSerian

Waktu Solat

Kuala Lumpur & Putrajaya · 21 Ogos 2026
Subuh06:01
Syuruk07:10
Zohor13:19
Asar16:33
Maghrib19:25
Isyak20:35
Sumber: JAKIM e-Solat
Surat Berita

Dapatkan berita terus ke inbox

Ringkasan berita utama Muka Satu.

Dengan melanggan anda bersetuju dengan Dasar Privasi Muka Satu.

Terkini

Foto fail BERNAMA

Jerebu Sarawak makin buruk, IPU Serian cecah 227

50 minit yang lalu
Foto hiasan

Saringan dadah rawak juruterbang, kru antara langkah keselamatan baharu di KLIA

20 Ogo 2026
Foto hiasan

AUKU bakal diganti satu akta baharu, Kabinet beri lampu hijau

20 Ogo 2026
KEADILAN perlu fikir ‘Who’s next after Anwar?’ – Zaliha

KEADILAN perlu fikir ‘Who’s next after Anwar?’ – Zaliha

16 Ogo 2026

Kerajaan cari jalan tamat sekatan eksport udang ke Thailand

16 Jul 2026

Paling Dibaca

PRN Johor: Kesesakan trafik petanda awal peratusan mengundi boleh melebihi 70 peratus – Dr. Zaliha

PRN Johor: Kesesakan trafik petanda awal peratusan mengundi boleh melebihi 70 peratus – Dr. Zaliha

11 Jul 2026
EAIC kesan ketidakaturan proses kewarganegaraan tujuh pemain naturalisasi

EAIC kesan ketidakaturan proses kewarganegaraan tujuh pemain naturalisasi

11 Jul 2026
Penduduk Taman YPJ Punggai dakwa tunggu CCC sehingga 13 tahun

Penduduk Taman YPJ Punggai dakwa tunggu CCC sehingga 13 tahun

10 Jul 2026
Kebakaran Hutan Di Ontario, Kanada Cetus Kabut, Jejas Perkhimatan Tren

Kebakaran Hutan Di Ontario, Kanada Cetus Kabut, Jejas Perkhimatan Tren

16 Jul 2026

Merino sekali lagi wira Sepanyol, singkir Belgium ke separuh akhir Piala Dunia

11 Jul 2026
Mukasatu

Muka Satu membawakan berita semasa, politik, ekonomi, dunia dan sukan secara pantas, tepat dan mudah difahami. Ikuti perkembangan terkini yang penting untuk anda.

Ikuti Kami di Media Sosial

  • Dasar Privasi
  • Kerjaya
  • Penafian & Hak Cipta
  • Tentang Kami

2026 © Muka Satu Media (003882276-D). Hak cipta terpelihara.

►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
No Result
View All Result
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat

2026 © Muka Satu Media (003882276-D). Hak cipta terpelihara.

Paling Dibaca
1Jerebu Sarawak makin buruk, IPU Serian cecah 2272Saringan dadah rawak juruterbang, kru antara langkah keselamatan baharu di KLIA3AUKU bakal diganti satu akta baharu, Kabinet beri lampu hijau4KEADILAN perlu fikir ‘Who’s next after Anwar?’ – Zaliha