Mukasatu
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat
Tiada hasil
Lihat semua hasil
Mukasatu
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat
Tiada hasil
Lihat semua hasil
Mukasatu
Tiada hasil
Lihat semua hasil
UtamaSukan

Merino sekali lagi wira Sepanyol, singkir Belgium ke separuh akhir Piala Dunia

Wartawan Mukasatu oleh Wartawan Mukasatu
21 Ogos 2026 @ 7:26 pm
50
PAPARAN

INGLEWOOD — Pemain gantian Mikel Merino sekali lagi muncul wira Sepanyol apabila menjaringkan gol kemenangan lewat permainan untuk menewaskan Belgium 2-1, sekali gus membawa pasukan itu ke separuh akhir Piala Dunia.

Kemenangan di Stadium Los Angeles pada Jumaat itu menyaksikan juara Eropah berkenaan bakal berdepan Perancis di Dallas pada Selasa bagi merebut tempat ke final.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada babak pertama sebelum Sepanyol memperoleh gol kemenangan selepas penjaga gol kedua Belgium, Senne Lammens, gagal menangkap kemas rembatan rendah Pau Cubarsi.

Bola yang terlepas daripada Lammens melantun tepat ke arah Merino, sebelum pemain tengah itu pantas menyudahkannya untuk mencetuskan sorakan penyokong Sepanyol yang memenuhi stadium.

Lammens dimasukkan pada babak kedua bagi menggantikan Thibaut Courtois yang mengalami kecederaan.

“Tiada perkara yang berlaku secara kebetulan. Apabila anda memasuki perlawanan dengan persediaan yang baik, perkara seperti ini cenderung untuk berulang,” kata Merino.

Baca Juga
EAIC kesan ketidakaturan proses kewarganegaraan tujuh pemain naturalisasiPedro cipta rekod, Chelsea tewaskan Fulham 3-2Selangor cuti 1 September, raikan kejayaan juara SUKMA 2026

Merino turut menjaringkan gol kemenangan lewat permainan ketika Sepanyol menewaskan Portugal 1-0 pada pusingan 16 terbaik.

Kali terakhir Sepanyol mara ke separuh akhir Piala Dunia adalah pada 2010, ketika mereka muncul juara kejohanan itu.

“Kami hanya dipisahkan dua perlawanan daripada menjuarai Piala Dunia dan itulah yang sedang kami kejar,” katanya.

Ketua Jurulatih Sepanyol, Luis de la Fuente berkata pasukannya akan bekerja keras bagi menewaskan Perancis yang dianggap sebagai pilihan utama kejohanan.

“Kami akan bekerja keras untuk cuba menewaskan Perancis. Mereka juga pasti bimbang seperti kami,” katanya.

— Reuters

Tag: Bola SepakPiala DuniaSepanyol
Berita Seterusnya
PRN Johor: Kesesakan trafik petanda awal peratusan mengundi boleh melebihi 70 peratus – Dr. Zaliha

PRN Johor: Kesesakan trafik petanda awal peratusan mengundi boleh melebihi 70 peratus - Dr. Zaliha

Kebakaran Hutan Di Ontario, Kanada Cetus Kabut, Jejas Perkhimatan Tren

Kebakaran Hutan Di Ontario, Kanada Cetus Kabut, Jejas Perkhimatan Tren

Kerajaan cari jalan tamat sekatan eksport udang ke Thailand

Waktu Solat

Kuala Lumpur & Putrajaya · 25 Ogos 2026
Subuh06:01
Syuruk07:09
Zohor13:18
Asar16:30
Maghrib19:23
Isyak20:34
Sumber: JAKIM e-Solat
Surat Berita

Dapatkan berita terus ke inbox

Ringkasan berita utama Muka Satu.

Dengan melanggan anda bersetuju dengan Dasar Privasi Muka Satu.

Terkini

Joao Pedro menjaringkan gol pembukaan Chelsea seawal saat ke-31 ketika menentang Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Craven Cottage, London. - Foto REUTERS

Pedro cipta rekod, Chelsea tewaskan Fulham 3-2

5 jam yang lalu
Indeks Pelopor naik 1.3 peratus, prospek ekonomi Malaysia kekal positif

Indeks Pelopor naik 1.3 peratus, prospek ekonomi Malaysia kekal positif

13 jam yang lalu
Industri tidak adil, memeras antara punca tragedi hidup seniman terdahulu — Anwar

Industri tidak adil, memeras antara punca tragedi hidup seniman terdahulu — Anwar

13 jam yang lalu
Jangan jadikan filem, seni alat propaganda picisan — Anwar

Jangan jadikan filem, seni alat propaganda picisan — Anwar

13 jam yang lalu
Belanjawan 2027: Anwar beri bayangan seni, filem bakal terus diperkasa

Belanjawan 2027: Anwar beri bayangan seni, filem bakal terus diperkasa

13 jam yang lalu

Paling Dibaca

Dari kiri: Profesor Madya Dr Shahsuzan Zakaria, Dr Muhammad Syukri Abdullah, Ariff Khalid, Yusrie Mohd Daud, Muhamad Aidil Tasnim Roslan

Belanjawan 2027: Rakyat mahu pertumbuhan ekonomi benar-benar terasa

24 Ogo 2026
Foto hiasan

Saringan dadah rawak juruterbang, kru antara langkah keselamatan baharu di KLIA

20 Ogo 2026
PRN Melaka: PN dakwa hampir sepakat, PH buka rundingan, BN masih timbang ‘jodoh’

PRN Melaka: PN dakwa hampir sepakat, PH buka rundingan, BN masih timbang ‘jodoh’

23 Ogo 2026
Foto ihsan BERNAMA

Fadhlina dahului 1,328 penerima darjah Melaka, Ziana Zain bergelar Datuk

24 Ogo 2026
Belanjawan 2027 fokus kos sara hidup, tarik lebih banyak pelaburan

Belanjawan 2027 fokus kos sara hidup, tarik lebih banyak pelaburan

23 Ogo 2026
Mukasatu

Muka Satu membawakan berita semasa, politik, ekonomi, dunia dan sukan secara pantas, tepat dan mudah difahami. Ikuti perkembangan terkini yang penting untuk anda.

Ikuti Kami

Kategori

  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat

Hubungi Kami

  • Sidang Pengarangeditor@mukasatu.com
  • Iklan & Kerjasamaiklan@mukasatu.com
  • Peluang Kerjayakerjaya@mukasatu.com
  • Pertanyaan Aminfo@mukasatu.com
  • Tetapan Kuki
  • Dasar Privasi
  • Kerjaya
  • Penafian & Hak Cipta
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Terma Penggunaan

© 2026 Muka Satu Media (003882276-D). Hak cipta terpelihara.

►
Kuki perlu membolehkan fungsi asas laman seperti log masuk selamat dan tetapan persetujuan. Ia tidak menyimpan data peribadi.
Tiada
►
Kuki fungsi menyokong ciri seperti perkongsian kandungan di media sosial, pengumpulan maklum balas, dan penggunaan alat pihak ketiga.
Tiada
►
Kuki analitik merekod interaksi pelawat bagi memberi gambaran tentang jumlah pelawat, kadar lantunan, dan sumber trafik.
Tiada
►
Kuki iklan memaparkan iklan bersesuaian berdasarkan lawatan lepas anda dan menilai keberkesanan kempen iklan.
Tiada
►
Kuki tidak dikelaskan ialah kuki yang sedang dalam proses pengelasan bersama penyedia kuki berkenaan.
Tiada
Tiada hasil
Lihat semua hasil
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat

© 2026 Muka Satu Media (003882276-D). Hak cipta terpelihara.

Paling Dibaca
1Pedro cipta rekod, Chelsea tewaskan Fulham 3-22Indeks Pelopor naik 1.3 peratus, prospek ekonomi Malaysia kekal positif3Industri tidak adil, memeras antara punca tragedi hidup seniman terdahulu — Anwar4Jangan jadikan filem, seni alat propaganda picisan — Anwar