Mukasatu
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat
Tiada hasil
Lihat semua hasil
Mukasatu
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat
Tiada hasil
Lihat semua hasil
Mukasatu
Tiada hasil
Lihat semua hasil
UtamaNasional

Selangor cuti 1 September, raikan kejayaan juara SUKMA 2026

Wartawan Mukasatu oleh Wartawan Mukasatu
24 Ogos 2026 @ 11:19 pm
Amirudin berucap semasa Majlis Penutupan SUKMA Selangor 2026 di Aneka Walk, Shah Alam

Amirudin berucap semasa Majlis Penutupan SUKMA Selangor 2026 di Aneka Walk, Shah Alam

1
PAPARAN

SHAH ALAM — Kerajaan Selangor mengisytiharkan 1 September depan sebagai cuti peristiwa khas bagi meraikan kejayaan kontinjen negeri itu muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.

Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika berucap pada Majlis Penutupan SUKMA Selangor 2026 di Aneka Walk, Shah Alam, malam ini.

Menurut Amirudin, cuti berkenaan diberikan sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri kepada atlet dan semua pihak yang terbabit dalam membawa Selangor kembali mengungguli temasya sukan dwitahunan itu.

“Saya berbesar hati mengumumkan kerajaan negeri Selangor mengisytiharkan cuti peristiwa khas Sukma 2026 pada 1 September 2026 iaitu pada Selasa depan,” katanya.

Selangor menamatkan SUKMA 2026 dengan kutipan 101 pingat emas, 73 perak dan 71 gangsa untuk keseluruhan 245 pingat, sekali gus melepasi sasaran awal 80 emas yang ditetapkan sebelum temasya bermula.

Pencapaian itu turut menyaksikan Selangor meninggalkan pencabar terdekat, Wilayah Persekutuan yang menduduki tempat kedua dengan 51 emas, diikuti Terengganu dengan 43 emas dan Sarawak, 41 emas.

Baca Juga
Kes Tikam Pelajar: Suspek Akan Didakwa Hari IniIndustri tidak adil, memeras antara punca tragedi hidup seniman terdahulu — AnwarJangan jadikan filem, seni alat propaganda picisan — Anwar

Amirudin turut merakamkan penghargaan kepada jurulatih dan pegawai kontinjen yang memainkan peranan dalam mencungkil serta membangunkan bakat atlet negeri.

“Kepada para jurulatih dan ketua-ketua kontinjen, tahniah atas usaha anda semua untuk mengasah bakat dan mengenal pasti ahli sukan yang baharu,” katanya.

Beliau pada masa sama menyeru atlet Selangor supaya meneruskan usaha meningkatkan prestasi dengan sebahagian daripada mereka berpeluang membawa cabaran negara pada kejohanan di peringkat lebih tinggi.

Kejayaan kali ini merupakan kejuaraan keseluruhan ke-10 Selangor dalam sejarah SUKMA selepas turut muncul juara pada edisi 1988, 1996, 1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2013 dan 2016.

SUKMA 2026 yang berlangsung di Selangor mempertandingkan 37 jenis sukan melibatkan ratusan acara di beberapa daerah seluruh negeri.

Selangor kali terakhir muncul juara keseluruhan pada SUKMA Sarawak 2016 sebelum kembali merampas kejuaraan tahun ini di laman sendiri.

Tag: Amirudin ShariSelangorSUKMA
Berita Seterusnya
Industri filem perlu lebih bebas untuk berkembang — Anwar

Industri filem perlu lebih bebas untuk berkembang — Anwar

Belanjawan 2027: Anwar beri bayangan seni, filem bakal terus diperkasa

Belanjawan 2027: Anwar beri bayangan seni, filem bakal terus diperkasa

Jangan jadikan filem, seni alat propaganda picisan — Anwar

Jangan jadikan filem, seni alat propaganda picisan — Anwar

Waktu Solat

Kuala Lumpur & Putrajaya · 25 Ogos 2026
Subuh06:01
Syuruk07:09
Zohor13:18
Asar16:30
Maghrib19:23
Isyak20:34
Sumber: JAKIM e-Solat
Surat Berita

Dapatkan berita terus ke inbox

Ringkasan berita utama Muka Satu.

Dengan melanggan anda bersetuju dengan Dasar Privasi Muka Satu.

Terkini

Indeks Pelopor naik 1.3 peratus, prospek ekonomi Malaysia kekal positif

Indeks Pelopor naik 1.3 peratus, prospek ekonomi Malaysia kekal positif

2 jam yang lalu
Industri tidak adil, memeras antara punca tragedi hidup seniman terdahulu — Anwar

Industri tidak adil, memeras antara punca tragedi hidup seniman terdahulu — Anwar

2 jam yang lalu
Jangan jadikan filem, seni alat propaganda picisan — Anwar

Jangan jadikan filem, seni alat propaganda picisan — Anwar

2 jam yang lalu
Belanjawan 2027: Anwar beri bayangan seni, filem bakal terus diperkasa

Belanjawan 2027: Anwar beri bayangan seni, filem bakal terus diperkasa

2 jam yang lalu
Industri filem perlu lebih bebas untuk berkembang — Anwar

Industri filem perlu lebih bebas untuk berkembang — Anwar

2 jam yang lalu

Paling Dibaca

Dari kiri: Profesor Madya Dr Shahsuzan Zakaria, Dr Muhammad Syukri Abdullah, Ariff Khalid, Yusrie Mohd Daud, Muhamad Aidil Tasnim Roslan

Belanjawan 2027: Rakyat mahu pertumbuhan ekonomi benar-benar terasa

16 jam yang lalu
Foto hiasan

Saringan dadah rawak juruterbang, kru antara langkah keselamatan baharu di KLIA

20 Ogo 2026
PRN Melaka: PN dakwa hampir sepakat, PH buka rundingan, BN masih timbang ‘jodoh’

PRN Melaka: PN dakwa hampir sepakat, PH buka rundingan, BN masih timbang ‘jodoh’

23 Ogo 2026
Foto ihsan BERNAMA

Fadhlina dahului 1,328 penerima darjah Melaka, Ziana Zain bergelar Datuk

13 jam yang lalu
Belanjawan 2027 fokus kos sara hidup, tarik lebih banyak pelaburan

Belanjawan 2027 fokus kos sara hidup, tarik lebih banyak pelaburan

23 Ogo 2026
Mukasatu

Muka Satu membawakan berita semasa, politik, ekonomi, dunia dan sukan secara pantas, tepat dan mudah difahami. Ikuti perkembangan terkini yang penting untuk anda.

Ikuti Kami

Kategori

  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat

Hubungi Kami

  • Sidang Pengarangeditor@mukasatu.com
  • Iklan & Kerjasamaiklan@mukasatu.com
  • Peluang Kerjayakerjaya@mukasatu.com
  • Pertanyaan Aminfo@mukasatu.com
  • Tetapan Kuki
  • Dasar Privasi
  • Kerjaya
  • Penafian & Hak Cipta
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Terma Penggunaan

© 2026 Muka Satu Media (003882276-D). Hak cipta terpelihara.

►
Kuki perlu membolehkan fungsi asas laman seperti log masuk selamat dan tetapan persetujuan. Ia tidak menyimpan data peribadi.
Tiada
►
Kuki fungsi menyokong ciri seperti perkongsian kandungan di media sosial, pengumpulan maklum balas, dan penggunaan alat pihak ketiga.
Tiada
►
Kuki analitik merekod interaksi pelawat bagi memberi gambaran tentang jumlah pelawat, kadar lantunan, dan sumber trafik.
Tiada
►
Kuki iklan memaparkan iklan bersesuaian berdasarkan lawatan lepas anda dan menilai keberkesanan kempen iklan.
Tiada
►
Kuki tidak dikelaskan ialah kuki yang sedang dalam proses pengelasan bersama penyedia kuki berkenaan.
Tiada
Tiada hasil
Lihat semua hasil
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat

© 2026 Muka Satu Media (003882276-D). Hak cipta terpelihara.

Paling Dibaca
1Indeks Pelopor naik 1.3 peratus, prospek ekonomi Malaysia kekal positif2Industri tidak adil, memeras antara punca tragedi hidup seniman terdahulu — Anwar3Jangan jadikan filem, seni alat propaganda picisan — Anwar4Belanjawan 2027: Anwar beri bayangan seni, filem bakal terus diperkasa