Mukasatu
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat
Tiada hasil
Lihat semua hasil
Mukasatu
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat
Tiada hasil
Lihat semua hasil
Mukasatu
Tiada hasil
Lihat semua hasil
UtamaPolitik

UMNO beri mandat negeri runding kerjasama politik

Wartawan Mukasatu oleh Wartawan Mukasatu
29 Ogos 2026 @ 10:10 am
UMNO beri mandat negeri runding kerjasama politik
1
PAPARAN

KUALA LUMPUR — UMNO memberi mandat kepada kepimpinan parti di peringkat negeri untuk mengadakan perbincangan dan rundingan dengan parti-parti politik yang mahu bekerjasama menghadapi pilihan raya akan datang.

Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung pada 28 Ogos.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan berkata, sebarang rundingan dengan mana-mana parti bagi menghadapi pilihan raya akan datang perlu berteraskan keikhlasan dan kepercayaan.

“Sebarang perundingan dengan mana-mana parti untuk menjalinkan kerjasama dalam pilihan raya akan datang mesti berteraskan keikhlasan dan kepercayaan, bukannya ugutan dan gertakan,” katanya.

MKT turut mengambil maklum pelbagai dapatan kajian empirikal oleh agensi dan penyelidik dalam kalangan ahli akademik yang menunjukkan sentimen rakyat, khususnya orang Melayu, terhadap usaha penyatuan ummah.

Menurut kenyataan itu, masyarakat Melayu mengharapkan penyatuan ummah dapat direalisasikan selain kepentingan keindukan Melayu terus menjadi antara teras kepada kestabilan politik negara.

Dalam perkembangan sama, MKT bersetuju memanjangkan jemputan rasmi kepada kepimpinan tertinggi PAS untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 yang dijadual berlangsung dari 9 hingga 12 September depan.

Jemputan itu dibuat sebagai tanda penghormatan selain membalas jemputan yang diberikan kepada kepimpinan UMNO untuk menghadiri Muktamar Tahunan PAS.

Baca Juga
PRN Melaka: PN dakwa hampir sepakat, PH buka rundingan, BN masih timbang ‘jodoh’Fadhlina dahului 1,328 penerima darjah Melaka, Ziana Zain bergelar DatukKEADILAN perlu fikir ‘Who’s next after Anwar?’ – Zaliha

Keputusan membenarkan rundingan di peringkat negeri serta jemputan kepada kepimpinan PAS itu hadir ketika bentuk kerjasama politik menjelang pilihan raya akan datang terus menjadi perhatian.

Dalam mesyuarat sama, UMNO turut menegaskan prinsip kedaulatan undang-undang mesti sentiasa dihormati dan seseorang tidak boleh dianggap bersalah selagi belum didakwa, dibicarakan serta disabitkan kesalahan oleh mahkamah yang berbidang kuasa.

Parti itu turut berpandangan sebarang tindakan untuk memalukan atau mengaibkan seseorang, termasuk membentuk persepsi seolah-olah individu yang baru ditahan bagi tujuan siasatan telah bersalah, bertentangan dengan prinsip keadilan dan anggapan tidak bersalah.

Bagaimanapun, UMNO menegaskan parti itu tidak akan mempertahankan sebarang salah laku, penyelewengan atau penyimpangan yang dilakukan mana-mana pihak termasuk ahli dan kepimpinan parti.

“UMNO konsisten bahawa parti tidak akan pernah mempertahankan sebarang salah laku, penyelewengan, penyimpangan yang dilakukan oleh mana-mana pihak termasuk ahli dan kepimpinan parti yang wajib dihadapkan ke muka pengadilan melalui proses undang-undang,” katanya.

Menjelang PAU 2026, tiga program utama akan berlangsung sehari lebih awal pada 8 September iaitu Konvensyen Pendidikan Melayu 2026, Multaqa Ilmuwan Islam Malaysia dan Laman Wanita Kreatif.

Ketiga-tiga program itu terbuka kepada orang awam.

Mesyuarat MKT itu turut menyaksikan pelantikan dan upacara angkat sumpah Datuk Ismail Lasim sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Tag: Asyraf Wajdi DusukiMelakaUMNOZahid Hamidi

Waktu Solat

Kuala Lumpur & Putrajaya · 29 Ogos 2026
Subuh06:00
Syuruk07:08
Zohor13:17
Asar16:27
Maghrib19:22
Isyak20:32
Sumber: JAKIM e-Solat
Surat Berita

Dapatkan berita terus ke inbox

Ringkasan berita utama Muka Satu.

Dengan melanggan anda bersetuju dengan Dasar Privasi Muka Satu.

Terkini

UMNO beri mandat negeri runding kerjasama politik

UMNO beri mandat negeri runding kerjasama politik

2 jam yang lalu
5,000 pelarian Myanmar dihantar pulang secara berperingkat, fasa pertama 29 September

5,000 pelarian Myanmar dihantar pulang secara berperingkat, fasa pertama 29 September

27 Ogo 2026
Tengku Puteri Seri Kemala dimakamkan di Makam Diraja Pekan

Tengku Puteri Seri Kemala dimakamkan di Makam Diraja Pekan

27 Ogo 2026
Paduka kekanda Sultan Pahang mangkat

Paduka kekanda Sultan Pahang mangkat

27 Ogo 2026
Joao Pedro menjaringkan gol pembukaan Chelsea seawal saat ke-31 ketika menentang Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Craven Cottage, London. - Foto REUTERS

Pedro cipta rekod, Chelsea tewaskan Fulham 3-2

25 Ogo 2026

Paling Dibaca

Dari kiri: Profesor Madya Dr Shahsuzan Zakaria, Dr Muhammad Syukri Abdullah, Ariff Khalid, Yusrie Mohd Daud, Muhamad Aidil Tasnim Roslan

Belanjawan 2027: Rakyat mahu pertumbuhan ekonomi benar-benar terasa

24 Ogo 2026
PRN Melaka: PN dakwa hampir sepakat, PH buka rundingan, BN masih timbang ‘jodoh’

PRN Melaka: PN dakwa hampir sepakat, PH buka rundingan, BN masih timbang ‘jodoh’

23 Ogo 2026
Foto ihsan BERNAMA

Fadhlina dahului 1,328 penerima darjah Melaka, Ziana Zain bergelar Datuk

24 Ogo 2026
Belanjawan 2027 fokus kos sara hidup, tarik lebih banyak pelaburan

Belanjawan 2027 fokus kos sara hidup, tarik lebih banyak pelaburan

23 Ogo 2026
PN bimbang kenyataan Anwar mengenai Taiwan jejaskan kepentingan Malaysia

PN bimbang kenyataan Anwar mengenai Taiwan jejaskan kepentingan Malaysia

23 Ogo 2026
Mukasatu

Muka Satu membawakan berita semasa, politik, ekonomi, dunia dan sukan secara pantas, tepat dan mudah difahami. Ikuti perkembangan terkini yang penting untuk anda.

Ikuti Kami

Kategori

  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat

Hubungi Kami

  • Sidang Pengarangeditor@mukasatu.com
  • Iklan & Kerjasamaiklan@mukasatu.com
  • Peluang Kerjayakerjaya@mukasatu.com
  • Pertanyaan Aminfo@mukasatu.com
  • Tetapan Kuki
  • Dasar Privasi
  • Kerjaya
  • Penafian & Hak Cipta
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Terma Penggunaan

© 2026 Muka Satu Media (003882276-D). Hak cipta terpelihara.

►
Kuki perlu membolehkan fungsi asas laman seperti log masuk selamat dan tetapan persetujuan. Ia tidak menyimpan data peribadi.
Tiada
►
Kuki fungsi menyokong ciri seperti perkongsian kandungan di media sosial, pengumpulan maklum balas, dan penggunaan alat pihak ketiga.
Tiada
►
Kuki analitik merekod interaksi pelawat bagi memberi gambaran tentang jumlah pelawat, kadar lantunan, dan sumber trafik.
Tiada
►
Kuki iklan memaparkan iklan bersesuaian berdasarkan lawatan lepas anda dan menilai keberkesanan kempen iklan.
Tiada
►
Kuki tidak dikelaskan ialah kuki yang sedang dalam proses pengelasan bersama penyedia kuki berkenaan.
Tiada
Tiada hasil
Lihat semua hasil
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat

© 2026 Muka Satu Media (003882276-D). Hak cipta terpelihara.

Paling Dibaca
1UMNO beri mandat negeri runding kerjasama politik25,000 pelarian Myanmar dihantar pulang secara berperingkat, fasa pertama 29 September3Tengku Puteri Seri Kemala dimakamkan di Makam Diraja Pekan4Paduka kekanda Sultan Pahang mangkat