Mukasatu
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat
Tiada hasil
Lihat semua hasil
Mukasatu
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat
Tiada hasil
Lihat semua hasil
Mukasatu
Tiada hasil
Lihat semua hasil
UtamaNasional

5,000 pelarian Myanmar dihantar pulang secara berperingkat, fasa pertama 29 September

Wartawan Mukasatu oleh Wartawan Mukasatu
27 Ogos 2026 @ 8:29 pm
5,000 pelarian Myanmar dihantar pulang secara berperingkat, fasa pertama 29 September
2
PAPARAN

PUTRAJAYA — Kerajaan memuktamadkan fasa pertama program penghantaran pulang secara sukarela membabitkan 5,000 pelarian rakyat Myanmar yang dikenal pasti layak kembali ke negara asal secara berperingkat.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataan hari ini berkata, kumpulan pertama seramai 1,476 warga Myanmar akan dihantar pulang pada 29 September depan selepas dikenal pasti oleh Kerajaan Republik Kesatuan Myanmar.

Tarikh berkenaan dipersetujui melalui Mesyuarat Penyelarasan membabitkan KDN, Kementerian Luar Negeri, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Pertahanan selepas mengambil kira keperluan logistik serta penyelarasan.

“Proses penghantaran pulang akan menggunakan dua buah kapal perang dan sebuah kapal hospital milik Tentera Laut Myanmar,” menurut kenyataan itu.

KDN berkata, pelaksanaan program berkenaan akan dilakukan secara selamat, bertanggungjawab serta mengikut prosedur yang dipersetujui bersama Kerajaan Myanmar.

Bagi tahun ini, seramai 4,008 individu khususnya etnik Rohingya pula akan melalui Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP), manakala 5,000 individu lain menjalani proses penghantaran pulang secara sukarela ke Myanmar secara berperingkat.

Sehingga 15 Ogos lalu, terdapat 10,388 warga Myanmar berada di Depot Tahanan Imigresen, namun kementerian menjelaskan jumlah itu merangkumi semua rakyat Myanmar yang ditahan dan tidak boleh dianggap keseluruhannya sebagai pelarian.

Jabatan Imigresen Malaysia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia kini melaksanakan proses DPP bagi mengesahkan identiti, kewarganegaraan, status imigresen, tuntutan sebagai pelarian serta latar belakang keselamatan setiap individu.

Proses pendaftaran kumpulan berkenaan dijangka selesai pada suku keempat tahun ini.

Baca Juga
Tengku Puteri Seri Kemala dimakamkan di Makam Diraja PekanPaduka kekanda Sultan Pahang mangkatIndustri tidak adil, memeras antara punca tragedi hidup seniman terdahulu — Anwar

KDN turut memaklumkan DPP akan diperluaskan kepada semua pendatang tanpa izin yang berada di Depot Tahanan Imigresen termasuk pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) serta individu yang mendakwa sebagai pelarian.

Pendaftaran itu diwajibkan bagi membolehkan kerajaan memperoleh data biometrik dan maklumat peribadi yang lengkap sebagai asas kepada pemantauan, kawalan dan penguatkuasaan.

Individu yang memenuhi syarat serta melepasi proses pendaftaran akan diberikan Kad DPP sebagai dokumen pendaftaran yang membolehkan mereka tinggal secara sementara, tertakluk kepada syarat, kawalan dan pemantauan kerajaan.

Kementerian berkata, lebih 95 peratus pelarian di Malaysia berasal dari Myanmar termasuk etnik Rohingya, Chin, Karen dan Mon, menyebabkan penyelesaian isu berkenaan memerlukan kerjasama kedua-dua negara.

“Penyelesaian ini tidak boleh dilakukan secara unilateral. Kerajaan MADANI sedang dan akan terus meningkatkan rundingan diplomatik secara langsung dengan Kerajaan Myanmar bagi memastikan proses penghantaran pulang dilaksanakan secara teratur, bermaruah dan dipersetujui oleh kedua-dua negara,” katanya.

Menurut KDN, strategi kerajaan ketika ini bergerak menerusi dua pendekatan serentak iaitu rundingan diplomatik dengan Myanmar bagi melaksanakan penghantaran pulang secara berperingkat serta pendaftaran dan pendataan melalui DPP.

Data berkenaan akan digunakan untuk tujuan pemantauan, penguatkuasaan, perancangan pengurusan serta penyelesaian akhir termasuk penghantaran pulang ke negara asal apabila keadaan mengizinkan.

KDN pada masa sama menegaskan pelaksanaan DPP tidak bermaksud Malaysia mengiktiraf atau menyertai Konvensyen Mengenai Status Pelarian 1951 dan Protokol 1967 kerana negara bukan pihak kepada kedua-dua instrumen antarabangsa berkenaan.

Sebaliknya, program itu disifatkan sebagai pendekatan kerajaan untuk mengurus isu pelarian dan pemohon suaka secara lebih teratur berlandaskan undang-undang, kepentingan nasional serta kedaulatan negara.

Kementerian berkata, langkah tersebut juga bertujuan memperkukuh keselamatan melalui pemilikan data biometrik yang sah, mengurangkan ruang kepada kegiatan ekonomi bayangan serta memastikan kepentingan rakyat tempatan terus dipelihara.

Waktu Solat

Kuala Lumpur & Putrajaya · 28 Ogos 2026
Subuh06:00
Syuruk07:08
Zohor13:17
Asar16:28
Maghrib19:22
Isyak20:32
Sumber: JAKIM e-Solat
Surat Berita

Dapatkan berita terus ke inbox

Ringkasan berita utama Muka Satu.

Dengan melanggan anda bersetuju dengan Dasar Privasi Muka Satu.

Terkini

5,000 pelarian Myanmar dihantar pulang secara berperingkat, fasa pertama 29 September

5,000 pelarian Myanmar dihantar pulang secara berperingkat, fasa pertama 29 September

27 Ogo 2026
Tengku Puteri Seri Kemala dimakamkan di Makam Diraja Pekan

Tengku Puteri Seri Kemala dimakamkan di Makam Diraja Pekan

27 Ogo 2026
Paduka kekanda Sultan Pahang mangkat

Paduka kekanda Sultan Pahang mangkat

27 Ogo 2026
Joao Pedro menjaringkan gol pembukaan Chelsea seawal saat ke-31 ketika menentang Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Craven Cottage, London. - Foto REUTERS

Pedro cipta rekod, Chelsea tewaskan Fulham 3-2

25 Ogo 2026
Indeks Pelopor naik 1.3 peratus, prospek ekonomi Malaysia kekal positif

Indeks Pelopor naik 1.3 peratus, prospek ekonomi Malaysia kekal positif

24 Ogo 2026

Paling Dibaca

Dari kiri: Profesor Madya Dr Shahsuzan Zakaria, Dr Muhammad Syukri Abdullah, Ariff Khalid, Yusrie Mohd Daud, Muhamad Aidil Tasnim Roslan

Belanjawan 2027: Rakyat mahu pertumbuhan ekonomi benar-benar terasa

24 Ogo 2026
PRN Melaka: PN dakwa hampir sepakat, PH buka rundingan, BN masih timbang ‘jodoh’

PRN Melaka: PN dakwa hampir sepakat, PH buka rundingan, BN masih timbang ‘jodoh’

23 Ogo 2026
Foto ihsan BERNAMA

Fadhlina dahului 1,328 penerima darjah Melaka, Ziana Zain bergelar Datuk

24 Ogo 2026
Belanjawan 2027 fokus kos sara hidup, tarik lebih banyak pelaburan

Belanjawan 2027 fokus kos sara hidup, tarik lebih banyak pelaburan

23 Ogo 2026
PN bimbang kenyataan Anwar mengenai Taiwan jejaskan kepentingan Malaysia

PN bimbang kenyataan Anwar mengenai Taiwan jejaskan kepentingan Malaysia

23 Ogo 2026
Mukasatu

Muka Satu membawakan berita semasa, politik, ekonomi, dunia dan sukan secara pantas, tepat dan mudah difahami. Ikuti perkembangan terkini yang penting untuk anda.

Ikuti Kami

Kategori

  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat

Hubungi Kami

  • Sidang Pengarangeditor@mukasatu.com
  • Iklan & Kerjasamaiklan@mukasatu.com
  • Peluang Kerjayakerjaya@mukasatu.com
  • Pertanyaan Aminfo@mukasatu.com
  • Tetapan Kuki
  • Dasar Privasi
  • Kerjaya
  • Penafian & Hak Cipta
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Terma Penggunaan

© 2026 Muka Satu Media (003882276-D). Hak cipta terpelihara.

►
Kuki perlu membolehkan fungsi asas laman seperti log masuk selamat dan tetapan persetujuan. Ia tidak menyimpan data peribadi.
Tiada
►
Kuki fungsi menyokong ciri seperti perkongsian kandungan di media sosial, pengumpulan maklum balas, dan penggunaan alat pihak ketiga.
Tiada
►
Kuki analitik merekod interaksi pelawat bagi memberi gambaran tentang jumlah pelawat, kadar lantunan, dan sumber trafik.
Tiada
►
Kuki iklan memaparkan iklan bersesuaian berdasarkan lawatan lepas anda dan menilai keberkesanan kempen iklan.
Tiada
►
Kuki tidak dikelaskan ialah kuki yang sedang dalam proses pengelasan bersama penyedia kuki berkenaan.
Tiada
Tiada hasil
Lihat semua hasil
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat

© 2026 Muka Satu Media (003882276-D). Hak cipta terpelihara.

Paling Dibaca
15,000 pelarian Myanmar dihantar pulang secara berperingkat, fasa pertama 29 September2Tengku Puteri Seri Kemala dimakamkan di Makam Diraja Pekan3Paduka kekanda Sultan Pahang mangkat4Pedro cipta rekod, Chelsea tewaskan Fulham 3-2