Mukasatu
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat
Tiada hasil
Lihat semua hasil
Mukasatu
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat
Tiada hasil
Lihat semua hasil
Mukasatu
Tiada hasil
Lihat semua hasil
UtamaNasional

Ong Kian Ming bimbang kenyataan Anwar mengenai Taiwan jejaskan pelaburan, perdagangan

Wartawan Mukasatu oleh Wartawan Mukasatu
23 Ogos 2026 @ 12:44 am
Ong Kian Ming bimbang kenyataan Anwar mengenai Taiwan jejaskan pelaburan, perdagangan
2
PAPARAN

KUALA LUMPUR — Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dr Ong Kian Ming menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kemungkinan penggunaan kekerasan dalam penyatuan semula Taiwan dengan China sebagai tidak perlu, berbahaya dan terlalu simplistik.

Menurutnya, pendirian yang disuarakan Anwar dalam wawancara bersama wartawan Al Jazeera, Sreenivasan Jain yang disiarkan di YouTube pada 17 Ogos lalu berpotensi memberi gambaran bahawa Malaysia sedang berpihak kepada China dalam persaingan geopolitik antara Beijing dan Washington.Ong berkata, Perdana Menteri tidak seharusnya memberikan jawapan secara langsung apabila ditanya mengenai kemungkinan penggunaan kekerasan dalam isu Taiwan kerana pendirian dasar luar Malaysia selama ini lebih berhati-hati.

“Setakat pengetahuan saya, pendirian dasar luar Malaysia adalah sama ada memilih untuk tidak menyatakan pendirian mengenai kaedah penyatuan semula antara Taiwan dan China atau merujuk kepada istilah ‘penyatuan semula secara aman’ sebagai titik rujukan kita.

“Setakat pengetahuan saya juga, tidak pernah ada Perdana Menteri Malaysia yang secara terbuka menyokong penyatuan semula Taiwan dengan China melalui penggunaan kekerasan,” katanya dalam satu kenyataan, Sabtu.

Ong berkata, kenyataan itu juga tidak selari dengan pendekatan Malaysia yang selama ini cuba mengekalkan keseimbangan dalam hubungannya dengan China dan Amerika Syarikat.

Menurut beliau, kenyataan sedemikian boleh ditafsirkan pembuat dasar di kedua-dua negara sebagai menunjukkan Malaysia semakin cenderung kepada salah satu pihak.

Dalam masa sama, Ong memberi amaran bahawa kontroversi itu boleh menjejaskan keyakinan pelabur Taiwan, khususnya dalam sektor semikonduktor yang menyaksikan peningkatan pelaburan susulan strategi kepelbagaian rantaian bekalan “Taiwan + One”.

Katanya, Taiwan merupakan rakan dagang keempat terbesar Malaysia pada 2025 dengan jumlah perdagangan mencecah RM230 bilion selepas meningkat 32 peratus pada 2024 dan sekali lagi sebanyak 32 peratus pada 2025.Taiwan juga merupakan pelabur asing kelapan terbesar di Malaysia pada tahun lalu dengan lebih RM4 bilion pelaburan diluluskan berdasarkan statistik Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), katanya.

Ong turut memetik kenyataan Kementerian Luar Taiwan yang memberi amaran bahawa pendirian Anwar berpotensi memberi kesan kepada keyakinan syarikat negara itu untuk melabur di Malaysia.

“Memandangkan terdapat hubungan rapat antara kedaulatan negara dan keselamatan ekonomi, sokongan berpihak Perdana Menteri Anwar kepada China mungkin memberi kesan negatif terhadap keyakinan syarikat Taiwan yang merancang untuk melabur di Malaysia,” menurut kenyataan kementerian itu seperti dipetik Ong.

Katanya, kebimbangan sama turut disuarakan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Taiwan di Malaysia (TCCIM).

Ong berkata, Malaysia sepatutnya terus memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan dengan Taiwan secara berhati-hati tanpa menjejaskan dasar Satu China yang menjadi asas penting hubungan Kuala Lumpur dengan Beijing.

Baca Juga
Pendirian Malaysia mengenai China-Taiwan tidak berubah – FahmiPN bimbang kenyataan Anwar mengenai Taiwan jejaskan kepentingan MalaysiaAnwar hargai sambutan mesra Brunei sepanjang lawatan kerja

“Industri semikonduktor Malaysia sedang berkembang pesat hasil tekanan geopolitik ‘China + One’ dan juga ‘Taiwan + One’.

“Daripada mendedahkan Malaysia kepada publisiti negatif yang mungkin menjejaskan sebahagian pelaburan dari Taiwan, Malaysia sepatutnya secara senyap memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan dengan Taiwan tanpa menjejaskan dasar Satu China,” katanya.

Selain aspek ekonomi, Ong turut mempertikaikan perbandingan Anwar antara isu Taiwan-China dengan kemungkinan sebuah negeri di Malaysia mahu keluar daripada Persekutuan.

Menurutnya, perbandingan itu terlalu mudah kerana Sabah dan Sarawak menyertai pembentukan Malaysia pada 1963 bersama Singapura, selain proses demokrasi melalui pilihan raya negeri dan Persekutuan terus berlangsung secara berkala.

Katanya, sekiranya isu pemisahan sesebuah wilayah sekalipun timbul dalam sebuah negara demokrasi, terdapat mekanisme aman yang boleh digunakan termasuk referendum tanpa perlu menggunakan kekerasan.

Ong berharap kontroversi itu akan reda tanpa menjejaskan kepentingan politik dan ekonomi Malaysia serta menasihatkan Perdana Menteri supaya membuat persediaan lebih menyeluruh sebelum menerima wawancara antarabangsa pada masa hadapan.

“Nasihat saya kepada Anwar Ibrahim ialah supaya membuat persediaan lebih baik untuk wawancara seperti ini pada masa hadapan.

“Tanpa persediaan mencukupi dan membaca nota taklimat yang diberikan kepadanya, mungkin lebih baik Anwar menolak wawancara sedemikian pada masa hadapan,” katanya.

Dalam wawancara berkenaan, Anwar ditanya mengenai pendirian Malaysia terhadap Taiwan dan kemungkinan China menggunakan kekerasan bagi mencapai penyatuan semula. Jawapan Perdana Menteri mengenai perkara itu kemudian mencetuskan kritikan daripada Taiwan serta perdebatan mengenai sama ada kenyataan berkenaan mencerminkan perubahan dalam pendirian dasar luar Malaysia.

Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China sejak 1974 dan berpegang kepada dasar Satu China yang mengiktiraf Beijing sebagai kerajaan China. Pada masa sama, Malaysia mengekalkan hubungan ekonomi dan perdagangan tidak rasmi dengan Taiwan.

Taiwan mempunyai kerajaan, sistem politik dan angkatan pertahanannya sendiri, namun Beijing menganggap pulau itu sebagai sebahagian daripada wilayah China dan tidak menolak penggunaan kekerasan bagi mencapai penyatuan semula.

Tag: Anwar IbrahimChinaOng Kian MingTaiwan
Berita Seterusnya
PN bimbang kenyataan Anwar mengenai Taiwan jejaskan kepentingan Malaysia

PN bimbang kenyataan Anwar mengenai Taiwan jejaskan kepentingan Malaysia

Pendirian Malaysia mengenai China-Taiwan tidak berubah – Fahmi

Pendirian Malaysia mengenai China-Taiwan tidak berubah - Fahmi

Belanjawan 2027 fokus kos sara hidup, tarik lebih banyak pelaburan

Belanjawan 2027 fokus kos sara hidup, tarik lebih banyak pelaburan

Waktu Solat

Kuala Lumpur & Putrajaya · 24 Ogos 2026
Subuh06:01
Syuruk07:09
Zohor13:18
Asar16:31
Maghrib19:24
Isyak20:34
Sumber: JAKIM e-Solat
Surat Berita

Dapatkan berita terus ke inbox

Ringkasan berita utama Muka Satu.

Dengan melanggan anda bersetuju dengan Dasar Privasi Muka Satu.

Terkini

PRN Melaka: PN dakwa hampir sepakat, PH buka rundingan, BN masih timbang ‘jodoh’

PRN Melaka: PN dakwa hampir sepakat, PH buka rundingan, BN masih timbang ‘jodoh’

12 jam yang lalu
Belanjawan 2027 fokus kos sara hidup, tarik lebih banyak pelaburan

Belanjawan 2027 fokus kos sara hidup, tarik lebih banyak pelaburan

16 jam yang lalu
Pendirian Malaysia mengenai China-Taiwan tidak berubah – Fahmi

Pendirian Malaysia mengenai China-Taiwan tidak berubah – Fahmi

23 Ogo 2026
PN bimbang kenyataan Anwar mengenai Taiwan jejaskan kepentingan Malaysia

PN bimbang kenyataan Anwar mengenai Taiwan jejaskan kepentingan Malaysia

23 Ogo 2026
Ong Kian Ming bimbang kenyataan Anwar mengenai Taiwan jejaskan pelaburan, perdagangan

Ong Kian Ming bimbang kenyataan Anwar mengenai Taiwan jejaskan pelaburan, perdagangan

23 Ogo 2026

Paling Dibaca

Foto hiasan

Saringan dadah rawak juruterbang, kru antara langkah keselamatan baharu di KLIA

20 Ogo 2026
Foto fail BERNAMA

Jerebu Sarawak makin buruk, IPU Serian cecah 227

21 Ogo 2026
Foto hiasan

AUKU bakal diganti satu akta baharu, Kabinet beri lampu hijau

20 Ogo 2026
KEADILAN perlu fikir ‘Who’s next after Anwar?’ – Zaliha

KEADILAN perlu fikir ‘Who’s next after Anwar?’ – Zaliha

16 Ogo 2026
Facebook Anwar Ibrahim

Malaysia, Brunei bimbang konflik Asia Barat semakin meruncing

22 Ogo 2026
Mukasatu

Muka Satu membawakan berita semasa, politik, ekonomi, dunia dan sukan secara pantas, tepat dan mudah difahami. Ikuti perkembangan terkini yang penting untuk anda.

Ikuti Kami

Kategori

  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat

Hubungi Kami

  • Sidang Pengarangeditor@mukasatu.com
  • Iklan & Kerjasamaiklan@mukasatu.com
  • Peluang Kerjayakerjaya@mukasatu.com
  • Pertanyaan Aminfo@mukasatu.com
  • Tetapan Kuki
  • Dasar Privasi
  • Kerjaya
  • Penafian & Hak Cipta
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Terma Penggunaan

© 2026 Muka Satu Media (003882276-D). Hak cipta terpelihara.

►
Kuki perlu membolehkan fungsi asas laman seperti log masuk selamat dan tetapan persetujuan. Ia tidak menyimpan data peribadi.
Tiada
►
Kuki fungsi menyokong ciri seperti perkongsian kandungan di media sosial, pengumpulan maklum balas, dan penggunaan alat pihak ketiga.
Tiada
►
Kuki analitik merekod interaksi pelawat bagi memberi gambaran tentang jumlah pelawat, kadar lantunan, dan sumber trafik.
Tiada
►
Kuki iklan memaparkan iklan bersesuaian berdasarkan lawatan lepas anda dan menilai keberkesanan kempen iklan.
Tiada
►
Kuki tidak dikelaskan ialah kuki yang sedang dalam proses pengelasan bersama penyedia kuki berkenaan.
Tiada
Tiada hasil
Lihat semua hasil
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat

© 2026 Muka Satu Media (003882276-D). Hak cipta terpelihara.

Paling Dibaca
1PRN Melaka: PN dakwa hampir sepakat, PH buka rundingan, BN masih timbang ‘jodoh’2Belanjawan 2027 fokus kos sara hidup, tarik lebih banyak pelaburan3Pendirian Malaysia mengenai China-Taiwan tidak berubah – Fahmi4PN bimbang kenyataan Anwar mengenai Taiwan jejaskan kepentingan Malaysia