Mukasatu
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat
Tiada hasil
Lihat semua hasil
Mukasatu
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat
Tiada hasil
Lihat semua hasil
Mukasatu
Tiada hasil
Lihat semua hasil
UtamaNasional

Anwar terima darjah kebesaran tertinggi Brunei, simbol persaudaraan dua negara

Wartawan Mukasatu oleh Wartawan Mukasatu
22 Ogos 2026 @ 8:40 pm
Facebook Anwar Ibrahim

Facebook Anwar Ibrahim

3
PAPARAN

BANDAR SERI BEGAWAN — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikurniakan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (D.K.) oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, hari ini.

Darjah kebesaran berkenaan dikurniakan kepada Anwar dalam satu istiadat di Istana Nurul Iman sempena lawatan kerja beliau ke Brunei Darussalam.

Anwar dalam hantaran di Facebook menyifatkan penganugerahan itu sebagai satu penghormatan yang amat bermakna.

“Menjunjung kasih KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah atas pengurniaan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (D.K.),” katanya.

Menurut Anwar, pengurniaan darjah kebesaran itu turut membawa makna yang lebih besar terhadap hubungan antara kedua-dua negara.

Baca Juga
Anwar hargai sambutan mesra Brunei sepanjang lawatan kerjaMalaysia, Brunei bimbang konflik Asia Barat semakin meruncingAUKU bakal diganti satu akta baharu, Kabinet beri lampu hijau

“Penganugerahan ini amat bermakna dan menjadi lambang keakraban serta persaudaraan istimewa antara Malaysia dengan Negara Brunei Darussalam,” katanya.

Anwar berada di Brunei bagi lawatan kerja dua hari untuk menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 (ALC-27) Malaysia-Brunei.

Dalam rangka lawatan itu, Anwar turut mengadakan pertemuan bersama Sultan Hassanal Bolkiah bagi membincangkan pelbagai perkara berkepentingan bersama serta usaha memperkukuh hubungan dua hala.

Kedua-dua pemimpin turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan kerjasama pengurusan bencana antara Malaysia dan Brunei.

ALC merupakan platform utama kedua-dua negara dalam memperkukuh kerjasama strategik dan membincangkan isu kepentingan bersama.

Tag: Anwar IbrahimBrunei
Berita Seterusnya
Facebook Anwar Ibrahim

Anwar hargai sambutan mesra Brunei sepanjang lawatan kerja

Facebook Anwar Ibrahim

Malaysia, Brunei bimbang konflik Asia Barat semakin meruncing

Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim yang merupakan Canselor UPSI menerima naskhah Kanun UPSI. Foto ihsan UPSI

UPSI terbit Kanun Universiti, perkukuh tadbir urus berintegriti

Waktu Solat

Kuala Lumpur & Putrajaya · 22 Ogos 2026
Subuh06:01
Syuruk07:09
Zohor13:19
Asar16:32
Maghrib19:24
Isyak20:35
Sumber: JAKIM e-Solat
Surat Berita

Dapatkan berita terus ke inbox

Ringkasan berita utama Muka Satu.

Dengan melanggan anda bersetuju dengan Dasar Privasi Muka Satu.

Terkini

UiTM tegaskan mandat perkasa Bumiputera, golongan kurang akses terus diberi perhatian

UiTM tegaskan mandat perkasa Bumiputera, golongan kurang akses terus diberi perhatian

1 jam yang lalu
Dr Zulkifli Hasan

Malaysia-Indonesia mampu pacu kebangkitan peradaban Islam moden – Zulkifli

2 jam yang lalu
Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim yang merupakan Canselor UPSI menerima naskhah Kanun UPSI. Foto ihsan UPSI

UPSI terbit Kanun Universiti, perkukuh tadbir urus berintegriti

2 jam yang lalu
Facebook Anwar Ibrahim

Malaysia, Brunei bimbang konflik Asia Barat semakin meruncing

3 jam yang lalu
Facebook Anwar Ibrahim

Anwar hargai sambutan mesra Brunei sepanjang lawatan kerja

3 jam yang lalu

Paling Dibaca

Foto hiasan

Saringan dadah rawak juruterbang, kru antara langkah keselamatan baharu di KLIA

20 Ogo 2026
Foto fail BERNAMA

Jerebu Sarawak makin buruk, IPU Serian cecah 227

21 Ogo 2026
Foto hiasan

AUKU bakal diganti satu akta baharu, Kabinet beri lampu hijau

20 Ogo 2026
KEADILAN perlu fikir ‘Who’s next after Anwar?’ – Zaliha

KEADILAN perlu fikir ‘Who’s next after Anwar?’ – Zaliha

16 Ogo 2026
PRN Johor: Kesesakan trafik petanda awal peratusan mengundi boleh melebihi 70 peratus – Dr. Zaliha

PRN Johor: Kesesakan trafik petanda awal peratusan mengundi boleh melebihi 70 peratus – Dr. Zaliha

11 Jul 2026
Mukasatu

Muka Satu membawakan berita semasa, politik, ekonomi, dunia dan sukan secara pantas, tepat dan mudah difahami. Ikuti perkembangan terkini yang penting untuk anda.

Ikuti Kami

Kategori

  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat

Hubungi Kami

  • Sidang Pengarangeditor@mukasatu.com
  • Iklan & Kerjasamaiklan@mukasatu.com
  • Peluang Kerjayakerjaya@mukasatu.com
  • Pertanyaan Aminfo@mukasatu.com
  • Tetapan Kuki
  • Dasar Privasi
  • Kerjaya
  • Penafian & Hak Cipta
  • Tentang Kami

© 2026 Muka Satu Media (003882276-D). Hak cipta terpelihara.

►
Kuki perlu membolehkan fungsi asas laman seperti log masuk selamat dan tetapan persetujuan. Ia tidak menyimpan data peribadi.
Tiada
►
Kuki fungsi menyokong ciri seperti perkongsian kandungan di media sosial, pengumpulan maklum balas, dan penggunaan alat pihak ketiga.
Tiada
►
Kuki analitik merekod interaksi pelawat bagi memberi gambaran tentang jumlah pelawat, kadar lantunan, dan sumber trafik.
Tiada
►
Kuki iklan memaparkan iklan bersesuaian berdasarkan lawatan lepas anda dan menilai keberkesanan kempen iklan.
Tiada
►
Kuki tidak dikelaskan ialah kuki yang sedang dalam proses pengelasan bersama penyedia kuki berkenaan.
Tiada
Tiada hasil
Lihat semua hasil
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat

© 2026 Muka Satu Media (003882276-D). Hak cipta terpelihara.

Paling Dibaca
1UiTM tegaskan mandat perkasa Bumiputera, golongan kurang akses terus diberi perhatian2Malaysia-Indonesia mampu pacu kebangkitan peradaban Islam moden – Zulkifli3UPSI terbit Kanun Universiti, perkukuh tadbir urus berintegriti4Malaysia, Brunei bimbang konflik Asia Barat semakin meruncing