Mukasatu
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat
Tiada hasil
Lihat semua hasil
Mukasatu
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat
Tiada hasil
Lihat semua hasil
Mukasatu
Tiada hasil
Lihat semua hasil
UtamaNasional

UPSI terbit Kanun Universiti, perkukuh tadbir urus berintegriti

Wartawan Mukasatu oleh Wartawan Mukasatu
22 Ogos 2026 @ 9:40 pm
Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim yang merupakan Canselor UPSI menerima naskhah Kanun UPSI. Foto ihsan UPSI

Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim yang merupakan Canselor UPSI menerima naskhah Kanun UPSI. Foto ihsan UPSI

5
PAPARAN

TANJONG MALIM — Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerbitkan Kanun Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kanun UPSI) sebagai rujukan rasmi bagi memperkukuh tadbir urus universiti berteraskan integriti dan kedaulatan undang-undang.

Penasihat Undang-Undang UPSI, Salwati Mohd Aris berkata, penerbitan oleh Bahagian Perundangan itu menghimpunkan undang-undang utama universiti untuk dijadikan rujukan pengurusan, pegawai serta seluruh warga UPSI.

Menurutnya, langkah itu turut menyokong pelaksanaan pentadbiran universiti yang lebih sistematik, telus dan berakauntabiliti.

Kanun UPSI merangkumi Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus), Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan), Perlembagaan Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Kaedah Universiti dan Kolej Universiti (Tatatertib Pelajar) 2024.

Ia turut menghimpunkan 13 Statut Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Baca Juga
AUKU bakal diganti satu akta baharu, Kabinet beri lampu hijauUiTM tegaskan mandat perkasa Bumiputera, golongan kurang akses terus diberi perhatianAnwar hargai sambutan mesra Brunei sepanjang lawatan kerja

“Sebagai rujukan yang komprehensif dan terkini, Kanun UPSI memudahkan akses kepada peruntukan undang-undang universiti selain membantu memperkukuh kefahaman terhadap kerangka perundangan yang menjadi tunjang kepada pengurusan dan pentadbiran institusi itu.

“Kanun itu disusun sebagai sumber rujukan bagi membantu warga universiti melaksanakan tugas selaras dengan peruntukan undang-undang serta amalan tadbir urus terbaik,” katanya.

Salwati berkata, naskhah Kanun UPSI turut dipersembahkan kepada Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim yang juga Canselor UPSI pada Jun lalu.

Menurutnya, persembahan itu menjadi simbol komitmen universiti dalam menjunjung kedaulatan undang-undang sebagai asas tadbir urus institusi.

“Kanun itu dijangka menjadi rujukan utama yang menyokong penyampaian perkhidmatan yang cekap, berakauntabiliti dan berteraskan prinsip tata kelola terbaik selaras dengan aspirasi Jiwa UPSI,” katanya.

Tag: AUKUPerakUniversitiUPSI
Berita Seterusnya
Dr Zulkifli Hasan

Malaysia-Indonesia mampu pacu kebangkitan peradaban Islam moden - Zulkifli

UiTM tegaskan mandat perkasa Bumiputera, golongan kurang akses terus diberi perhatian

UiTM tegaskan mandat perkasa Bumiputera, golongan kurang akses terus diberi perhatian

Waktu Solat

Kuala Lumpur & Putrajaya · 22 Ogos 2026
Subuh06:01
Syuruk07:09
Zohor13:19
Asar16:32
Maghrib19:24
Isyak20:35
Sumber: JAKIM e-Solat
Surat Berita

Dapatkan berita terus ke inbox

Ringkasan berita utama Muka Satu.

Dengan melanggan anda bersetuju dengan Dasar Privasi Muka Satu.

Terkini

UiTM tegaskan mandat perkasa Bumiputera, golongan kurang akses terus diberi perhatian

UiTM tegaskan mandat perkasa Bumiputera, golongan kurang akses terus diberi perhatian

1 jam yang lalu
Dr Zulkifli Hasan

Malaysia-Indonesia mampu pacu kebangkitan peradaban Islam moden – Zulkifli

1 jam yang lalu
Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim yang merupakan Canselor UPSI menerima naskhah Kanun UPSI. Foto ihsan UPSI

UPSI terbit Kanun Universiti, perkukuh tadbir urus berintegriti

2 jam yang lalu
Facebook Anwar Ibrahim

Malaysia, Brunei bimbang konflik Asia Barat semakin meruncing

3 jam yang lalu
Facebook Anwar Ibrahim

Anwar hargai sambutan mesra Brunei sepanjang lawatan kerja

3 jam yang lalu

Paling Dibaca

Foto hiasan

Saringan dadah rawak juruterbang, kru antara langkah keselamatan baharu di KLIA

20 Ogo 2026
Foto fail BERNAMA

Jerebu Sarawak makin buruk, IPU Serian cecah 227

21 Ogo 2026
Foto hiasan

AUKU bakal diganti satu akta baharu, Kabinet beri lampu hijau

20 Ogo 2026
KEADILAN perlu fikir ‘Who’s next after Anwar?’ – Zaliha

KEADILAN perlu fikir ‘Who’s next after Anwar?’ – Zaliha

16 Ogo 2026
PRN Johor: Kesesakan trafik petanda awal peratusan mengundi boleh melebihi 70 peratus – Dr. Zaliha

PRN Johor: Kesesakan trafik petanda awal peratusan mengundi boleh melebihi 70 peratus – Dr. Zaliha

11 Jul 2026
Mukasatu

Muka Satu membawakan berita semasa, politik, ekonomi, dunia dan sukan secara pantas, tepat dan mudah difahami. Ikuti perkembangan terkini yang penting untuk anda.

Ikuti Kami

Kategori

  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat

Hubungi Kami

  • Sidang Pengarangeditor@mukasatu.com
  • Iklan & Kerjasamaiklan@mukasatu.com
  • Peluang Kerjayakerjaya@mukasatu.com
  • Pertanyaan Aminfo@mukasatu.com
  • Tetapan Kuki
  • Dasar Privasi
  • Kerjaya
  • Penafian & Hak Cipta
  • Tentang Kami

© 2026 Muka Satu Media (003882276-D). Hak cipta terpelihara.

►
Kuki perlu membolehkan fungsi asas laman seperti log masuk selamat dan tetapan persetujuan. Ia tidak menyimpan data peribadi.
Tiada
►
Kuki fungsi menyokong ciri seperti perkongsian kandungan di media sosial, pengumpulan maklum balas, dan penggunaan alat pihak ketiga.
Tiada
►
Kuki analitik merekod interaksi pelawat bagi memberi gambaran tentang jumlah pelawat, kadar lantunan, dan sumber trafik.
Tiada
►
Kuki iklan memaparkan iklan bersesuaian berdasarkan lawatan lepas anda dan menilai keberkesanan kempen iklan.
Tiada
►
Kuki tidak dikelaskan ialah kuki yang sedang dalam proses pengelasan bersama penyedia kuki berkenaan.
Tiada
Tiada hasil
Lihat semua hasil
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat

© 2026 Muka Satu Media (003882276-D). Hak cipta terpelihara.

Paling Dibaca
1UiTM tegaskan mandat perkasa Bumiputera, golongan kurang akses terus diberi perhatian2Malaysia-Indonesia mampu pacu kebangkitan peradaban Islam moden – Zulkifli3UPSI terbit Kanun Universiti, perkukuh tadbir urus berintegriti4Malaysia, Brunei bimbang konflik Asia Barat semakin meruncing