• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sabtu, 11 Julai 2026
  • Login
Mukasatu
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Dunia
  • Sukan
  • Pendapat
No Result
View All Result
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Dunia
  • Sukan
  • Pendapat
No Result
View All Result
Mukasatu
No Result
View All Result
Home Sukan

EAIC kesan ketidakaturan proses kewarganegaraan tujuh pemain naturalisasi

Muhammad Akmal Ridzuan Abd Rahim oleh Muhammad Akmal Ridzuan Abd Rahim
11 Julai 2026 @ 2:54 am
in Sukan
Reading Time: 2 mins read
A A
0
EAIC kesan ketidakaturan proses kewarganegaraan tujuh pemain naturalisasi
0
SHARES
10
VIEWS

PUTRAJAYA – Siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendapati proses pemberian kewarganegaraan kepada tujuh pemain naturalisasi bola sepak Malaysia dilaksanakan dalam tempoh amat singkat dan mempunyai beberapa ketidakaturan.

EAIC dalam satu kenyataan berkata, ketidakaturan itu melibatkan proses pengeluaran Permit Masuk, temu duga dan tapisan keselamatan yang dikendalikan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Siasatan turut menemukan isu berkaitan Ujian Pengetahuan Bahasa Melayu oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), pengesahan pelepasan kewarganegaraan negara asal serta penyerahan pasport asal pemain terbabit kepada JIM.

Susulan dapatan tersebut, EAIC mengesyorkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan JPN menyemak semula keseluruhan proses serta dokumen kewarganegaraan yang telah diberikan kepada tujuh pemain berkenaan.

Menurut EAIC, Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa kepada Menteri Dalam Negeri untuk mempertimbangkan permohonan kewarganegaraan secara penaturalisasian di bawah Perkara 19.

Menteri Dalam Negeri turut mempunyai kuasa budi bicara untuk memberikan kelulusan khas berdasarkan sumbangan pemohon dalam sukan bola sepak yang boleh mengharumkan nama negara.

Bagaimanapun, EAIC mendapati pertimbangan terhadap syarat yang perlu dipenuhi bagi memperoleh kelulusan khas itu dibuat secara tidak teratur.

Suruhanjaya itu turut mengesyorkan supaya SOP khusus diwujudkan bagi pemberian kewarganegaraan di bawah Perkara 19(2) Perlembagaan Persekutuan.

SOP berasingan juga dicadangkan bagi menetapkan tempoh pelepasan kewarganegaraan negara asal dan penyerahan bukti berkaitan memandangkan Malaysia tidak mengiktiraf dwi-kewarganegaraan.

Selain itu, JIM, JPN dan Polis Diraja Malaysia disaran mewujudkan tatacara tapisan keselamatan yang lebih ketat dan menyeluruh bagi permohonan Permit Masuk serta kewarganegaraan.

EAIC berkata, pemerolehan kewarganegaraan secara penaturalisasian melibatkan kepentingan dan keselamatan negara, justeru semua SOP perlu dipatuhi secara ketat.

Siasatan berkenaan dijalankan oleh Pasukan Petugas Khas EAIC selepas suruhanjaya itu menerima aduan berhubung kelulusan kewarganegaraan tujuh pemain tersebut.

Sebanyak 15 pegawai daripada pelbagai agensi dan lima saksi awam dirakam percakapan, manakala dokumen daripada KDN, JPN, JIM, PDRM dan Persatuan Bolasepak Malaysia turut diteliti.

Laporan dapatan siasatan itu telah diserahkan kepada KDN, JIM dan JPN untuk tindakan lanjut.

Disyorkan

No Content Available

EAIC turut mengambil maklum laporan polis berhubung isu pemalsuan dokumen yang diputuskan palsu oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan.

Menurutnya, isu pemalsuan dokumen itu perlu disiasat secara menyeluruh oleh agensi berkaitan kerana berada di luar bidang kuasa EAIC.

Previous Post

Trump enggan tandatangani rang undang-undang perumahan bipartisan

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Stay Connected test

  • 23.9k Followers
  • 99 Subscribers
  • Trending
  • Comments
  • Latest
Kes Tikam Pelajar: Suspek Akan Didakwa Hari Ini

Kes Tikam Pelajar: Suspek Akan Didakwa Hari Ini

10 Julai 2026 @ 2:16 am
Trump enggan tandatangani rang undang-undang perumahan bipartisan

Trump enggan tandatangani rang undang-undang perumahan bipartisan

11 Julai 2026 @ 1:54 am
PRN Johor: Anwar mahu rakyat tolak perkauman, utamakan perpaduan

PRN Johor: Anwar mahu rakyat tolak perkauman, utamakan perpaduan

9 Julai 2026 @ 7:57 pm
EAIC kesan ketidakaturan proses kewarganegaraan tujuh pemain naturalisasi

EAIC kesan ketidakaturan proses kewarganegaraan tujuh pemain naturalisasi

11 Julai 2026 @ 2:54 am
PRN Johor: Anwar mahu rakyat tolak perkauman, utamakan perpaduan

PRN Johor: Anwar mahu rakyat tolak perkauman, utamakan perpaduan

0
Kes Tikam Pelajar: Suspek Akan Didakwa Hari Ini

Kes Tikam Pelajar: Suspek Akan Didakwa Hari Ini

0
Penduduk Taman YPJ Punggai dakwa tunggu CCC sehingga 13 tahun

Penduduk Taman YPJ Punggai dakwa tunggu CCC sehingga 13 tahun

0
Trump enggan tandatangani rang undang-undang perumahan bipartisan

Trump enggan tandatangani rang undang-undang perumahan bipartisan

0
EAIC kesan ketidakaturan proses kewarganegaraan tujuh pemain naturalisasi

EAIC kesan ketidakaturan proses kewarganegaraan tujuh pemain naturalisasi

11 Julai 2026 @ 2:54 am
Trump enggan tandatangani rang undang-undang perumahan bipartisan

Trump enggan tandatangani rang undang-undang perumahan bipartisan

11 Julai 2026 @ 1:54 am
Penduduk Taman YPJ Punggai dakwa tunggu CCC sehingga 13 tahun

Penduduk Taman YPJ Punggai dakwa tunggu CCC sehingga 13 tahun

10 Julai 2026 @ 11:38 pm
Kes Tikam Pelajar: Suspek Akan Didakwa Hari Ini

Kes Tikam Pelajar: Suspek Akan Didakwa Hari Ini

10 Julai 2026 @ 2:16 am

Recent News

We bring you the best Premium WordPress Themes that perfect for news, magazine, personal blog, etc. Check our landing page for details.

Follow Us

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2026 Muka Satu by Muka Satu Network Sdn. Bhd.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Powered by
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by
No Result
View All Result
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Dunia
  • Sukan
  • Pendapat

© 2026 Muka Satu by Muka Satu Network Sdn. Bhd.