Mukasatu
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat
Tiada hasil
Lihat semua hasil
Mukasatu
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat
Tiada hasil
Lihat semua hasil
Mukasatu
Tiada hasil
Lihat semua hasil
UtamaNasional

Pendirian Malaysia mengenai China-Taiwan tidak berubah – Fahmi

Wartawan Mukasatu oleh Wartawan Mukasatu
23 Ogos 2026 @ 12:43 am
Pendirian Malaysia mengenai China-Taiwan tidak berubah – Fahmi

KUALA LUMPUR, 22 Ogos -- Menteri Komunikasi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Datuk Seri Fahmi Fadzil ketika bertemu pengamal media selepas merasmikan majlis Kenduri Rakyat MADANI 2026 di perkarangan PPR Kerinchi Lembah Pantai hari ini. -- fotoBERNAM (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

5
PAPARAN

KUALA LUMPUR — Pendirian Malaysia berhubung isu China dan Taiwan kekal konsisten dan tidak pernah berubah sejak pentadbiran Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temu bual bersama media antarabangsa baru-baru ini adalah selari dengan dasar luar negara yang telah lama dipegang Malaysia menerusi Kementerian Luar.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata demikian ketika menolak dakwaan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa kenyataan Anwar mengenai Taiwan telah meletakkan Malaysia dalam kedudukan diplomatik yang sukar.

“Tak benar. Saya lihat ada dua perkara, pertama, pendirian Malaysia mengenai isu tersebut adalah sejak zaman Almarhum Tun Abdul Razak dan pendirian kita tidak pernah berubah.

“Perdana Menteri hanya menyatakan apa yang konsisten dengan pendirian Wisma Putra. Jadi, tidak ada perubahan ataupun perbezaan dalam hal itu,” katanya selepas menghadiri Program Kenduri Rakyat MADANI di sini, Sabtu.

Takiyuddin sebelum ini mendakwa kenyataan Anwar dalam temu bual media antarabangsa mengenai isu China-Taiwan telah meletakkan negara dalam kedudukan diplomatik yang sukar selain menyempitkan ruang diplomasi Malaysia.

Dalam pada itu, Fahmi mempersoalkan sikap PAS yang menurutnya lantang mengulas isu antarabangsa, namun tidak memberikan perhatian sama terhadap isu dalam negara yang membabitkan kepentingan umat Islam.

Baca Juga
PN bimbang kenyataan Anwar mengenai Taiwan jejaskan kepentingan MalaysiaOng Kian Ming bimbang kenyataan Anwar mengenai Taiwan jejaskan pelaburan, perdaganganBelanjawan 2027 fokus kos sara hidup, tarik lebih banyak pelaburan

Beliau secara khusus membangkitkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji yang antara lain meneliti pengurusan akaun dan pelaburan institusi berkenaan bagi tempoh 2014 hingga 2017.

“Yang saya kesal, kenapa pihak-pihak tertentu termasuk rakan-rakan dari PAS, dalam bab yang jauh dari kita banyak komentar, tapi yang sangat dekat dengan kita termasuk Tabung Haji kita tidak mendengar sepatah pun sebenarnya pendirian mereka mengenai isu kerosakan yang telah berlaku seperti terkandung dalam laporan RCI Tabung Haji.

“Saya harap mereka dapat lebihkan masa menelaah dan membahaskan perkara itu kerana mereka telah lari dari Dewan Rakyat waktu rakyat mengharapkan pihak pembangkang membahas,” katanya.

Fahmi berkata, usaha kerajaan ketika ini adalah untuk memulihkan Tabung Haji kepada kedudukannya sebagai sebuah institusi penting kepada umat Islam di negara ini.

Isu berhubung pendirian Malaysia terhadap Taiwan kembali mendapat perhatian selepas Anwar dalam temu bual bersama wartawan Al Jazeera, Sreenivasan Jain menyatakan bahawa Malaysia melihat Taiwan sebagai sebahagian daripada China, selaras dengan Dasar Satu China. Temu bual itu disiarkan pada 17 Ogos lalu.

Kenyataan berkenaan kemudiannya mengundang kritikan daripada beberapa pihak yang mempersoalkan sama ada pendirian Perdana Menteri berhubung isu Taiwan, khususnya berkaitan kemungkinan penggunaan kekerasan dalam proses penyatuan semula, membawa perubahan kepada pendekatan dasar luar Malaysia.

Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China pada 1974 ketika pentadbiran Tun Abdul Razak dan sejak itu berpegang kepada Dasar Satu China, sambil terus mengekalkan hubungan ekonomi dan perdagangan tidak rasmi dengan Taiwan.

Tag: Anwar IbrahimChinaFahmi FadzilTaiwan
Berita Seterusnya
Belanjawan 2027 fokus kos sara hidup, tarik lebih banyak pelaburan

Belanjawan 2027 fokus kos sara hidup, tarik lebih banyak pelaburan

PRN Melaka: PN dakwa hampir sepakat, PH buka rundingan, BN masih timbang ‘jodoh’

PRN Melaka: PN dakwa hampir sepakat, PH buka rundingan, BN masih timbang ‘jodoh’

Waktu Solat

Kuala Lumpur & Putrajaya · 24 Ogos 2026
Subuh06:01
Syuruk07:09
Zohor13:18
Asar16:31
Maghrib19:24
Isyak20:34
Sumber: JAKIM e-Solat
Surat Berita

Dapatkan berita terus ke inbox

Ringkasan berita utama Muka Satu.

Dengan melanggan anda bersetuju dengan Dasar Privasi Muka Satu.

Terkini

PRN Melaka: PN dakwa hampir sepakat, PH buka rundingan, BN masih timbang ‘jodoh’

PRN Melaka: PN dakwa hampir sepakat, PH buka rundingan, BN masih timbang ‘jodoh’

12 jam yang lalu
Belanjawan 2027 fokus kos sara hidup, tarik lebih banyak pelaburan

Belanjawan 2027 fokus kos sara hidup, tarik lebih banyak pelaburan

16 jam yang lalu
Pendirian Malaysia mengenai China-Taiwan tidak berubah – Fahmi

Pendirian Malaysia mengenai China-Taiwan tidak berubah – Fahmi

23 Ogo 2026
PN bimbang kenyataan Anwar mengenai Taiwan jejaskan kepentingan Malaysia

PN bimbang kenyataan Anwar mengenai Taiwan jejaskan kepentingan Malaysia

23 Ogo 2026
Ong Kian Ming bimbang kenyataan Anwar mengenai Taiwan jejaskan pelaburan, perdagangan

Ong Kian Ming bimbang kenyataan Anwar mengenai Taiwan jejaskan pelaburan, perdagangan

23 Ogo 2026

Paling Dibaca

Foto hiasan

Saringan dadah rawak juruterbang, kru antara langkah keselamatan baharu di KLIA

20 Ogo 2026
Foto fail BERNAMA

Jerebu Sarawak makin buruk, IPU Serian cecah 227

21 Ogo 2026
Foto hiasan

AUKU bakal diganti satu akta baharu, Kabinet beri lampu hijau

20 Ogo 2026
KEADILAN perlu fikir ‘Who’s next after Anwar?’ – Zaliha

KEADILAN perlu fikir ‘Who’s next after Anwar?’ – Zaliha

16 Ogo 2026
Facebook Anwar Ibrahim

Malaysia, Brunei bimbang konflik Asia Barat semakin meruncing

22 Ogo 2026
Mukasatu

Muka Satu membawakan berita semasa, politik, ekonomi, dunia dan sukan secara pantas, tepat dan mudah difahami. Ikuti perkembangan terkini yang penting untuk anda.

Ikuti Kami

Kategori

  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat

Hubungi Kami

  • Sidang Pengarangeditor@mukasatu.com
  • Iklan & Kerjasamaiklan@mukasatu.com
  • Peluang Kerjayakerjaya@mukasatu.com
  • Pertanyaan Aminfo@mukasatu.com
  • Tetapan Kuki
  • Dasar Privasi
  • Kerjaya
  • Penafian & Hak Cipta
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Terma Penggunaan

© 2026 Muka Satu Media (003882276-D). Hak cipta terpelihara.

►
Kuki perlu membolehkan fungsi asas laman seperti log masuk selamat dan tetapan persetujuan. Ia tidak menyimpan data peribadi.
Tiada
►
Kuki fungsi menyokong ciri seperti perkongsian kandungan di media sosial, pengumpulan maklum balas, dan penggunaan alat pihak ketiga.
Tiada
►
Kuki analitik merekod interaksi pelawat bagi memberi gambaran tentang jumlah pelawat, kadar lantunan, dan sumber trafik.
Tiada
►
Kuki iklan memaparkan iklan bersesuaian berdasarkan lawatan lepas anda dan menilai keberkesanan kempen iklan.
Tiada
►
Kuki tidak dikelaskan ialah kuki yang sedang dalam proses pengelasan bersama penyedia kuki berkenaan.
Tiada
Tiada hasil
Lihat semua hasil
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat

© 2026 Muka Satu Media (003882276-D). Hak cipta terpelihara.

Paling Dibaca
1PRN Melaka: PN dakwa hampir sepakat, PH buka rundingan, BN masih timbang ‘jodoh’2Belanjawan 2027 fokus kos sara hidup, tarik lebih banyak pelaburan3Pendirian Malaysia mengenai China-Taiwan tidak berubah – Fahmi4PN bimbang kenyataan Anwar mengenai Taiwan jejaskan kepentingan Malaysia