Mukasatu
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat
Tiada hasil
Lihat semua hasil
Mukasatu
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat
Tiada hasil
Lihat semua hasil
Mukasatu
Tiada hasil
Lihat semua hasil
UtamaNasional

Dana rampasan hasil haram akan dikembalikan kepada rakyat — Anwar

Wartawan Mukasatu oleh Wartawan Mukasatu
30 Ogos 2026 @ 5:44 pm
Dana rampasan hasil haram akan dikembalikan kepada rakyat — Anwar

PUTRAJAYA, 3 Mac -- Sebahagian wang tunai dan barangan kemas yang dirampas ketika sidang media khas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berhubung kes bekas Perdana Menteri kesembilan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Presint 7 hari ini. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

0
PAPARAN

PUTRAJAYA — Semua dana yang dirampas daripada hasil haram menerusi proses undang-undang dan keputusan mahkamah akan dikembalikan kepada rakyat, terutama bagi memperkukuh sektor pendidikan dan kesihatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan mahu memastikan hasil yang berjaya diperoleh semula daripada kegiatan menyalahi undang-undang dimanfaatkan kembali untuk kepentingan rakyat.

“Pada hari ini saya isytiharkan semua dana yang dirampas dari hasil haram melalui proses undang-undang dan keputusan badan kehakiman, semua yang diperoleh itu berbilion ringgit akan dipulangkan terutama dalam bidang pendidikan dan kesihatan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Perdana sempena Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Anwar sebelum itu menyentuh tindakan penguatkuasaan terhadap rasuah, salah guna kuasa serta kegiatan yang menyebabkan kekayaan negara diseleweng sehingga mencecah berbilion ringgit.

Baca Juga
RM1.5 bilion selenggara sekolah, 100,000 belia dapat akses AI percumaKelayakan BUDI95 naik kepada 300 liter sebulan mulai 1 SeptemberPM umum enam ikhtiar segera ringankan tekanan rakyat

Menurutnya, usaha mendapatkan semula dana berkenaan perlu diterjemahkan kepada manfaat yang dapat dirasai rakyat, selari dengan prinsip bahawa hasil pertumbuhan dan kekayaan negara mesti dikembalikan kepada masyarakat.

Dalam amanat sama, Perdana Menteri turut mempersoalkan makna kemerdekaan sekiranya kekayaan negara tidak dapat dikembalikan kepada rakyat dan masih terdapat golongan yang tercicir daripada menikmati kemajuan.

“Apa erti kemerdekaan kalau negara ditadbir seperti watak penjajah dulu? Apa erti kemerdekaan kalau hasil tak dipulangkan kepada rakyat?

“Apa erti kemerdekaan kalau ada anak-anak yang terpencil dan yang terpinggir tidak berkesempatan untuk menikmati kemewahan yang dikecapi oleh rakyat-rakyat yang lain?” katanya.

Anwar berkata, setiap rakyat tanpa mengira kaum perlu mendapat peluang menikmati hasil pembangunan negara, sejajar dengan semangat kemerdekaan yang berteraskan keadilan dan kesejahteraan bersama.

Terdahulu, beliau menegaskan pertumbuhan ekonomi negara perlu dikembalikan kepada rakyat dengan kerajaan mengambil beberapa langkah segera bagi menangani tekanan kos sara hidup, pendidikan, kesihatan dan keperluan perniagaan.

Tag: Anwar IbrahimHari Kebangsaan
Berita Seterusnya
Malaysia hantar SMART ke Nepal, sumbang AS$1 juta bantu mangsa banjir

Malaysia hantar SMART ke Nepal, sumbang AS$1 juta bantu mangsa banjir

Ong Kian Ming bimbang kenyataan Anwar mengenai Taiwan jejaskan pelaburan, perdagangan

Ong Kian Ming keluar DAP

Indonesia desak OIC bertindak tegas terhadap pelanggaran Israel

Indonesia desak OIC bertindak tegas terhadap pelanggaran Israel

Waktu Solat

Kuala Lumpur & Putrajaya · 31 Ogos 2026
Subuh06:00
Syuruk07:08
Zohor13:16
Asar16:25
Maghrib19:21
Isyak20:31
Sumber: JAKIM e-Solat
Surat Berita

Dapatkan berita terus ke inbox

Ringkasan berita utama Muka Satu.

Dengan melanggan anda bersetuju dengan Dasar Privasi Muka Satu.

Terkini

Marcos gesa rakyat Filipina teruskan legasi wira negara

Marcos gesa rakyat Filipina teruskan legasi wira negara

1 jam yang lalu
Indonesia desak OIC bertindak tegas terhadap pelanggaran Israel

Indonesia desak OIC bertindak tegas terhadap pelanggaran Israel

1 jam yang lalu
Ong Kian Ming bimbang kenyataan Anwar mengenai Taiwan jejaskan pelaburan, perdagangan

Ong Kian Ming keluar DAP

2 jam yang lalu
Malaysia hantar SMART ke Nepal, sumbang AS$1 juta bantu mangsa banjir

Malaysia hantar SMART ke Nepal, sumbang AS$1 juta bantu mangsa banjir

20 jam yang lalu
Dana rampasan hasil haram akan dikembalikan kepada rakyat — Anwar

Dana rampasan hasil haram akan dikembalikan kepada rakyat — Anwar

20 jam yang lalu

Paling Dibaca

Dari kiri: Profesor Madya Dr Shahsuzan Zakaria, Dr Muhammad Syukri Abdullah, Ariff Khalid, Yusrie Mohd Daud, Muhamad Aidil Tasnim Roslan

Belanjawan 2027: Rakyat mahu pertumbuhan ekonomi benar-benar terasa

24 Ogo 2026
5,000 pelarian Myanmar dihantar pulang secara berperingkat, fasa pertama 29 September

5,000 pelarian Myanmar dihantar pulang secara berperingkat, fasa pertama 29 September

27 Ogo 2026
Paduka kekanda Sultan Pahang mangkat

Paduka kekanda Sultan Pahang mangkat

27 Ogo 2026
Joao Pedro menjaringkan gol pembukaan Chelsea seawal saat ke-31 ketika menentang Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Craven Cottage, London. - Foto REUTERS

Pedro cipta rekod, Chelsea tewaskan Fulham 3-2

25 Ogo 2026
PRN Melaka: PN dakwa hampir sepakat, PH buka rundingan, BN masih timbang ‘jodoh’

PRN Melaka: PN dakwa hampir sepakat, PH buka rundingan, BN masih timbang ‘jodoh’

23 Ogo 2026
Mukasatu

Muka Satu membawakan berita semasa, politik, ekonomi, dunia dan sukan secara pantas, tepat dan mudah difahami. Ikuti perkembangan terkini yang penting untuk anda.

Ikuti Kami

Kategori

  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat

Hubungi Kami

  • Sidang Pengarangeditor@mukasatu.com
  • Iklan & Kerjasamaiklan@mukasatu.com
  • Peluang Kerjayakerjaya@mukasatu.com
  • Pertanyaan Aminfo@mukasatu.com
  • Tetapan Kuki
  • Dasar Privasi
  • Kerjaya
  • Penafian & Hak Cipta
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Terma Penggunaan

© 2026 Muka Satu Media (003882276-D). Hak cipta terpelihara.

►
Kuki perlu membolehkan fungsi asas laman seperti log masuk selamat dan tetapan persetujuan. Ia tidak menyimpan data peribadi.
Tiada
►
Kuki fungsi menyokong ciri seperti perkongsian kandungan di media sosial, pengumpulan maklum balas, dan penggunaan alat pihak ketiga.
Tiada
►
Kuki analitik merekod interaksi pelawat bagi memberi gambaran tentang jumlah pelawat, kadar lantunan, dan sumber trafik.
Tiada
►
Kuki iklan memaparkan iklan bersesuaian berdasarkan lawatan lepas anda dan menilai keberkesanan kempen iklan.
Tiada
►
Kuki tidak dikelaskan ialah kuki yang sedang dalam proses pengelasan bersama penyedia kuki berkenaan.
Tiada
Tiada hasil
Lihat semua hasil
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat

© 2026 Muka Satu Media (003882276-D). Hak cipta terpelihara.

Paling Dibaca
1Marcos gesa rakyat Filipina teruskan legasi wira negara2Indonesia desak OIC bertindak tegas terhadap pelanggaran Israel3Ong Kian Ming keluar DAP4Malaysia hantar SMART ke Nepal, sumbang AS$1 juta bantu mangsa banjir