Muka Satu
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat
Tiada hasil
Lihat semua hasil
Muka Satu
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat
Tiada hasil
Lihat semua hasil
Muka Satu
Tiada hasil
Lihat semua hasil
UtamaNiaga

Loji nanas RM1.03 bilion di Miri, MAHA raih komitmen RM1.49 bilion hari pertama

Meja Niaga oleh Meja Niaga
1 September 2026 @ 7:09 pm
Loji nanas RM1.03 bilion di Miri, MAHA raih komitmen RM1.49 bilion hari pertama
4
PAPARAN

SERDANG — Projek pembangunan loji pemprosesan nanas bernilai RM1.031 bilion di Tukau, Miri, Sarawak menjadi antara pelaburan terbesar dimeterai pada hari pertama MAHA Trade Days 2026 yang merekodkan keseluruhan komitmen RM1.49 bilion.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkata nilai itu melibatkan 14 pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) merangkumi pelbagai subsektor strategik agromakanan.

Selain projek loji pemprosesan nanas berkenaan, kerjasama yang dimeterai turut merangkumi pengeluaran dan pengedaran produk pertanian, pembangunan kapasiti ladang ayam pedaging berteknologi tinggi serta pembangunan baja khusus bagi tanaman nanas.

MoU lain melibatkan input pertanian, pengeluaran dan pemprosesan hasil pertanian, industri ternakan, produk makanan halal, pembangunan produk pertanian serta teknologi dan pembangunan kapasiti.

Menurut KPKM, pencapaian RM1.49 bilion pada hari pembukaan mencerminkan keyakinan pelabur dan rakan strategik terhadap potensi serta prospek sektor agromakanan Malaysia di peringkat global.

Baca Juga
Pengusaha tuna Malaysia pertama raih pensijilan MSCSegmen hiliran IOI Corp bangkit, keuntungan melonjak lebih 100%Ringgit dibuka rendah didorong hasil Perbendaharaan AS tinggi

MAHA Trade Days 2026 yang berlangsung dari 1 hingga 3 September di MAEPS, Serdang menghimpunkan hampir 2,000 pempamer dengan produk sedia eksport serta 40 pembeli antarabangsa terdiri daripada pemborong, pengedar dan peruncit dari pelbagai pasaran.

Platform itu disasarkan membuka peluang kepada pemain industri tempatan meneroka pasaran baharu, memperluaskan pasaran sedia ada serta membina rangkaian perniagaan dengan rakan strategik antarabangsa.

Komitmen RM1.49 bilion yang dicatatkan pada hari pertama itu bagaimanapun baru sebahagian daripada sasaran keseluruhan RM8 bilion nilai pelaburan dan perdagangan sepanjang MAHA 2026.

KPKM berkata sasaran berkenaan selari dengan usaha menjadikan MAHA bukan hanya platform pameran, sebaliknya medan strategik untuk menjana peluang perdagangan, menarik pelaburan dan memperluaskan akses pasaran antarabangsa bagi industri agromakanan negara.

MAHA Trade Days juga dijangka mencetuskan lebih banyak peluang perniagaan, kerjasama teknologi serta akses pasaran baharu bagi memperkukuh daya saing industri agromakanan Malaysia dan meningkatkan kehadiran produk tempatan di pasaran global.

Tag: KPKMMAHAMiri
Berita Seterusnya
Datuk Luqman Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) ketika merasmikan Majlis Pelancaran Pelan Projek Penambahbaikan Pengurusan Ikan Aya Hitam dan Penyerahan Sijil MSC sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di MAEPS

Pengusaha tuna Malaysia pertama raih pensijilan MSC

Waktu Solat

Kuala Lumpur & Putrajaya · 1 September 2026
Subuh06:00
Syuruk07:07
Zohor13:16
Asar16:24
Maghrib19:21
Isyak20:30
Sumber: JAKIM e-Solat
Surat Berita

Dapatkan berita terus ke inbox

Ringkasan berita utama Muka Satu.

Dengan melanggan anda bersetuju dengan Dasar Privasi Muka Satu.

Terkini

Datuk Luqman Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) ketika merasmikan Majlis Pelancaran Pelan Projek Penambahbaikan Pengurusan Ikan Aya Hitam dan Penyerahan Sijil MSC sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di MAEPS

Pengusaha tuna Malaysia pertama raih pensijilan MSC

52 minit yang lalu
Loji nanas RM1.03 bilion di Miri, MAHA raih komitmen RM1.49 bilion hari pertama

Loji nanas RM1.03 bilion di Miri, MAHA raih komitmen RM1.49 bilion hari pertama

58 minit yang lalu
Jerebu cecah paras bahaya, industri perlu kurangkan pelepasan udara

Jerebu cecah paras bahaya, industri perlu kurangkan pelepasan udara

2 jam yang lalu
Foto FB Malaysian Meteorological Department

Gempa 5.5 landa Halmahera, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

2 jam yang lalu
Segmen hiliran IOI Corp bangkit, keuntungan melonjak lebih 100%

Segmen hiliran IOI Corp bangkit, keuntungan melonjak lebih 100%

2 jam yang lalu

Paling Dibaca

UiTM tegaskan mandat perkasa Bumiputera, golongan kurang akses terus diberi perhatian

UiTM perlu kekal untuk Bumiputera, tetapi kembali kepada akar – Khairul Naim

18 jam yang lalu
Ong Kian Ming bimbang kenyataan Anwar mengenai Taiwan jejaskan pelaburan, perdagangan

Ong Kian Ming keluar DAP

31 Ogo 2026
Dari kiri: Profesor Madya Dr Shahsuzan Zakaria, Dr Muhammad Syukri Abdullah, Ariff Khalid, Yusrie Mohd Daud, Muhamad Aidil Tasnim Roslan

Belanjawan 2027: Rakyat mahu pertumbuhan ekonomi benar-benar terasa

24 Ogo 2026
Marcos gesa rakyat Filipina teruskan legasi wira negara

Marcos gesa rakyat Filipina teruskan legasi wira negara

31 Ogo 2026
Akta baharu mudahkan syarikat bermasalah diselamatkan, lindungi pekerjaan

Akta baharu mudahkan syarikat bermasalah diselamatkan, lindungi pekerjaan

4 jam yang lalu
Muka Satu

Muka Satu membawakan berita semasa, politik, ekonomi, dunia dan sukan secara pantas, tepat dan mudah difahami. Ikuti perkembangan terkini yang penting untuk anda.

Ikuti Kami

Kategori

  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat

Hubungi Kami

  • Sidang Pengarangeditor@mukasatu.com
  • Iklan & Kerjasamaiklan@mukasatu.com
  • Peluang Kerjayakerjaya@mukasatu.com
  • Pertanyaan Aminfo@mukasatu.com
  • Tetapan Kuki
  • Dasar Privasi
  • Kerjaya
  • Penafian & Hak Cipta
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Terma Penggunaan

© 2026 Muka Satu Media (003882276-D). Hak cipta terpelihara.

►
Kuki perlu membolehkan fungsi asas laman seperti log masuk selamat dan tetapan persetujuan. Ia tidak menyimpan data peribadi.
Tiada
►
Kuki fungsi menyokong ciri seperti perkongsian kandungan di media sosial, pengumpulan maklum balas, dan penggunaan alat pihak ketiga.
Tiada
►
Kuki analitik merekod interaksi pelawat bagi memberi gambaran tentang jumlah pelawat, kadar lantunan, dan sumber trafik.
Tiada
►
Kuki iklan memaparkan iklan bersesuaian berdasarkan lawatan lepas anda dan menilai keberkesanan kempen iklan.
Tiada
►
Kuki tidak dikelaskan ialah kuki yang sedang dalam proses pengelasan bersama penyedia kuki berkenaan.
Tiada
Tiada hasil
Lihat semua hasil
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat

© 2026 Muka Satu Media (003882276-D). Hak cipta terpelihara.

Paling Dibaca
1Pengusaha tuna Malaysia pertama raih pensijilan MSC2Loji nanas RM1.03 bilion di Miri, MAHA raih komitmen RM1.49 bilion hari pertama3Jerebu cecah paras bahaya, industri perlu kurangkan pelepasan udara4Gempa 5.5 landa Halmahera, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia