Mukasatu
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat
Tiada hasil
Lihat semua hasil
Mukasatu
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat
Tiada hasil
Lihat semua hasil
Mukasatu
Tiada hasil
Lihat semua hasil
UtamaEkonomi

Ambang pengecualian e-Invois dinaikkan kepada RM3 juta setahun

Wartawan Mukasatu oleh Wartawan Mukasatu
30 Ogos 2026 @ 5:39 pm
Ambang pengecualian e-Invois dinaikkan kepada RM3 juta setahun
0
PAPARAN

PUTRAJAYA — Kerajaan bersetuju menaikkan ambang pengecualian pelaksanaan e-Invois daripada RM1 juta kepada RM3 juta setahun bagi meringankan beban perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu bermakna perniagaan yang mencatatkan jualan tahunan tidak melebihi RM3 juta tidak diwajibkan melaksanakan e-Invois.

“Kerajaan bersetuju menaikkan ambang pengecualian e-Invoice sekali lagi daripada RM1 juta kepada RM3 juta setahun.

“Dengan ini, perniagaan yang mencatat jualan tahunan tidak melebihi RM3 juta tidak diwajibkan melaksanakan e-Invoice,” katanya ketika menyampaikan Amanat Perdana sempena Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Dalam amanat sama, Anwar turut mengumumkan tambahan RM1 bilion bagi kemudahan pembiayaan mikro kepada perniagaan kecil.

Tambahan itu menjadikan keseluruhan dana pembiayaan berkenaan bagi 2026 meningkat daripada RM5 bilion kepada RM6 bilion.

Baca Juga
PMKS dapat tambahan RM1 bilion pembiayaan mikro, geran RM200 jutaDana rampasan hasil haram akan dikembalikan kepada rakyat — AnwarRM1.5 bilion selenggara sekolah, 100,000 belia dapat akses AI percuma

Kerajaan juga memperkenalkan Geran Sejahtera MADANI berjumlah RM200 juta bagi membantu penjaja, peniaga kecil, peniaga pasar malam serta mereka yang menjalankan perniagaan dari rumah.

Langkah itu merupakan sebahagian daripada enam ikhtiar segera yang diumumkan kerajaan bagi menangani tekanan dihadapi rakyat dan perniagaan menjelang pembentangan Belanjawan 2027.

Anwar berkata, kerajaan memilih untuk mengambil tindakan lebih awal kerana tekanan terhadap kos kehidupan dan keperluan perniagaan tidak boleh menunggu sehingga Oktober.

“Tekanan sara hidup tak tunggu bulan Oktober, perniagaan perlu berkembang sekarang, tak boleh tunggu bulan Oktober,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan menyedari masih terdapat kekangan yang dihadapi perniagaan kecil termasuk pengusaha kecil, penjaja, peniaga pasar malam serta golongan yang menjalankan aktiviti perniagaan dari rumah.

Beliau berkata, enam langkah yang diumumkan itu berasaskan prinsip bahawa manfaat daripada pertumbuhan ekonomi negara perlu dikembalikan kepada rakyat.

“Pertumbuhan ekonomi negara mesti dikembalikan kepada rakyat,” katanya.

Tag: Anwar Ibrahime-InvoisHari Kebangsaan
Berita Seterusnya
PMKS dapat tambahan RM1 bilion pembiayaan mikro, geran RM200 juta

PMKS dapat tambahan RM1 bilion pembiayaan mikro, geran RM200 juta

Dana rampasan hasil haram akan dikembalikan kepada rakyat — Anwar

Dana rampasan hasil haram akan dikembalikan kepada rakyat — Anwar

Malaysia hantar SMART ke Nepal, sumbang AS$1 juta bantu mangsa banjir

Malaysia hantar SMART ke Nepal, sumbang AS$1 juta bantu mangsa banjir

Waktu Solat

Kuala Lumpur & Putrajaya · 31 Ogos 2026
Subuh06:00
Syuruk07:08
Zohor13:16
Asar16:25
Maghrib19:21
Isyak20:31
Sumber: JAKIM e-Solat
Surat Berita

Dapatkan berita terus ke inbox

Ringkasan berita utama Muka Satu.

Dengan melanggan anda bersetuju dengan Dasar Privasi Muka Satu.

Terkini

Marcos gesa rakyat Filipina teruskan legasi wira negara

Marcos gesa rakyat Filipina teruskan legasi wira negara

27 minit yang lalu
Indonesia desak OIC bertindak tegas terhadap pelanggaran Israel

Indonesia desak OIC bertindak tegas terhadap pelanggaran Israel

33 minit yang lalu
Ong Kian Ming bimbang kenyataan Anwar mengenai Taiwan jejaskan pelaburan, perdagangan

Ong Kian Ming keluar DAP

2 jam yang lalu
Malaysia hantar SMART ke Nepal, sumbang AS$1 juta bantu mangsa banjir

Malaysia hantar SMART ke Nepal, sumbang AS$1 juta bantu mangsa banjir

19 jam yang lalu
Dana rampasan hasil haram akan dikembalikan kepada rakyat — Anwar

Dana rampasan hasil haram akan dikembalikan kepada rakyat — Anwar

19 jam yang lalu

Paling Dibaca

Dari kiri: Profesor Madya Dr Shahsuzan Zakaria, Dr Muhammad Syukri Abdullah, Ariff Khalid, Yusrie Mohd Daud, Muhamad Aidil Tasnim Roslan

Belanjawan 2027: Rakyat mahu pertumbuhan ekonomi benar-benar terasa

24 Ogo 2026
5,000 pelarian Myanmar dihantar pulang secara berperingkat, fasa pertama 29 September

5,000 pelarian Myanmar dihantar pulang secara berperingkat, fasa pertama 29 September

27 Ogo 2026
Paduka kekanda Sultan Pahang mangkat

Paduka kekanda Sultan Pahang mangkat

27 Ogo 2026
Joao Pedro menjaringkan gol pembukaan Chelsea seawal saat ke-31 ketika menentang Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Craven Cottage, London. - Foto REUTERS

Pedro cipta rekod, Chelsea tewaskan Fulham 3-2

25 Ogo 2026
PRN Melaka: PN dakwa hampir sepakat, PH buka rundingan, BN masih timbang ‘jodoh’

PRN Melaka: PN dakwa hampir sepakat, PH buka rundingan, BN masih timbang ‘jodoh’

23 Ogo 2026
Mukasatu

Muka Satu membawakan berita semasa, politik, ekonomi, dunia dan sukan secara pantas, tepat dan mudah difahami. Ikuti perkembangan terkini yang penting untuk anda.

Ikuti Kami

Kategori

  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat

Hubungi Kami

  • Sidang Pengarangeditor@mukasatu.com
  • Iklan & Kerjasamaiklan@mukasatu.com
  • Peluang Kerjayakerjaya@mukasatu.com
  • Pertanyaan Aminfo@mukasatu.com
  • Tetapan Kuki
  • Dasar Privasi
  • Kerjaya
  • Penafian & Hak Cipta
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Terma Penggunaan

© 2026 Muka Satu Media (003882276-D). Hak cipta terpelihara.

►
Kuki perlu membolehkan fungsi asas laman seperti log masuk selamat dan tetapan persetujuan. Ia tidak menyimpan data peribadi.
Tiada
►
Kuki fungsi menyokong ciri seperti perkongsian kandungan di media sosial, pengumpulan maklum balas, dan penggunaan alat pihak ketiga.
Tiada
►
Kuki analitik merekod interaksi pelawat bagi memberi gambaran tentang jumlah pelawat, kadar lantunan, dan sumber trafik.
Tiada
►
Kuki iklan memaparkan iklan bersesuaian berdasarkan lawatan lepas anda dan menilai keberkesanan kempen iklan.
Tiada
►
Kuki tidak dikelaskan ialah kuki yang sedang dalam proses pengelasan bersama penyedia kuki berkenaan.
Tiada
Tiada hasil
Lihat semua hasil
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat

© 2026 Muka Satu Media (003882276-D). Hak cipta terpelihara.

Paling Dibaca
1Marcos gesa rakyat Filipina teruskan legasi wira negara2Indonesia desak OIC bertindak tegas terhadap pelanggaran Israel3Ong Kian Ming keluar DAP4Malaysia hantar SMART ke Nepal, sumbang AS$1 juta bantu mangsa banjir