Muka Satu
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat
Tiada hasil
Lihat semua hasil
Muka Satu
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat
Tiada hasil
Lihat semua hasil
Muka Satu
Tiada hasil
Lihat semua hasil
UtamaNiaga

Pengusaha tuna Malaysia pertama raih pensijilan MSC

Meja Niaga oleh Meja Niaga
1 September 2026 @ 7:14 pm
Datuk Luqman Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) ketika merasmikan Majlis Pelancaran Pelan Projek Penambahbaikan Pengurusan Ikan Aya Hitam dan Penyerahan Sijil MSC sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di MAEPS

Datuk Luqman Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) ketika merasmikan Majlis Pelancaran Pelan Projek Penambahbaikan Pengurusan Ikan Aya Hitam dan Penyerahan Sijil MSC sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di MAEPS

3
PAPARAN

SERDANG — Kha Yang Marine Sdn Bhd mencipta sejarah sebagai pengusaha vesel penangkapan ikan tuna Malaysia pertama memperoleh pensijilan Marine Stewardship Council (MSC).

Pensijilan bagi Kha Yang Marine Indian Ocean Longline Albacore Tuna itu melibatkan 12 vesel penangkapan ikan tuna Zon C3 berbendera Malaysia yang menjalankan aktiviti perikanan rawai tuna albakor di Lautan Hindi.

Menurut Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), sijil berkenaan sah selama lima tahun bermula 27 Februari 2026 hingga 26 Februari 2031, tertakluk kepada audit pemantauan tahunan.

Pensijilan itu diiktiraf dan diperakui badan penilai Control Union (UK) Limited.

MSC merupakan pensijilan antarabangsa yang menilai operasi perikanan berdasarkan tiga prinsip utama iaitu memastikan stok ikan kekal mampan, meminimumkan kesan terhadap ekosistem marin serta memastikan sistem pengurusan perikanan dilaksanakan secara berkesan dan mematuhi peraturan.

Kha Yang Marine menerima sijil berkenaan dalam satu majlis sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di MAEPS, Serdang, hari ini.

Baca Juga
Loji nanas RM1.03 bilion di Miri, MAHA raih komitmen RM1.49 bilion hari pertamaSegmen hiliran IOI Corp bangkit, keuntungan melonjak lebih 100%Ringgit dibuka rendah didorong hasil Perbendaharaan AS tinggi

Dalam majlis sama, DOF turut melancarkan Pelan Projek Penambahbaikan Perikanan (FIP) Aya Hitam Tok Bali, Kelantan yang menyasarkan perikanan spesies berkenaan memperoleh pensijilan MSC dalam tempoh lima tahun dari 2025 hingga 2029.

Pelan itu dibangunkan DOF dengan kerjasama WWF-Malaysia berdasarkan penemuan laporan pra-penilaian terhadap piawaian MSC dan melibatkan komuniti nelayan Tok Bali, pengusaha vesel, industri hiliran perikanan, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan serta komuniti setempat.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Luqman Ahmad berkata pelan berkenaan memberi tumpuan kepada pengurusan perikanan berasaskan pendekatan saintifik, ekosistem dan tadbir urus.

“Pelan ini diharap dapat menghasilkan suatu sistem pengurusan perikanan yang lebih progresif, sekaligus menyumbang kepada peningkatan keyakinan pasaran terhadap hasil perikanan tempatan serta memperkukuh daya saing industri perikanan negara tanpa menjejaskan status sumber dan ekosistem marin,” katanya.

Ikan aya hitam merupakan antara spesies tuna neritik yang banyak terdapat di perairan Pantai Timur Semenanjung dan menjadi sasaran utama perikanan tangkapan di kawasan itu.

Pada 2025, pendaratan tuna neritik di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur direkodkan sebanyak 29,388.50 tan metrik atau 30 peratus daripada keseluruhan pendaratan tuna Malaysia sebanyak 97,240.06 tan metrik.

Waktu Solat

Kuala Lumpur & Putrajaya · 1 September 2026
Subuh06:00
Syuruk07:07
Zohor13:16
Asar16:24
Maghrib19:21
Isyak20:30
Sumber: JAKIM e-Solat
Surat Berita

Dapatkan berita terus ke inbox

Ringkasan berita utama Muka Satu.

Dengan melanggan anda bersetuju dengan Dasar Privasi Muka Satu.

Terkini

Datuk Luqman Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) ketika merasmikan Majlis Pelancaran Pelan Projek Penambahbaikan Pengurusan Ikan Aya Hitam dan Penyerahan Sijil MSC sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di MAEPS

Pengusaha tuna Malaysia pertama raih pensijilan MSC

59 minit yang lalu
Loji nanas RM1.03 bilion di Miri, MAHA raih komitmen RM1.49 bilion hari pertama

Loji nanas RM1.03 bilion di Miri, MAHA raih komitmen RM1.49 bilion hari pertama

1 jam yang lalu
Jerebu cecah paras bahaya, industri perlu kurangkan pelepasan udara

Jerebu cecah paras bahaya, industri perlu kurangkan pelepasan udara

2 jam yang lalu
Foto FB Malaysian Meteorological Department

Gempa 5.5 landa Halmahera, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

2 jam yang lalu
Segmen hiliran IOI Corp bangkit, keuntungan melonjak lebih 100%

Segmen hiliran IOI Corp bangkit, keuntungan melonjak lebih 100%

3 jam yang lalu

Paling Dibaca

UiTM tegaskan mandat perkasa Bumiputera, golongan kurang akses terus diberi perhatian

UiTM perlu kekal untuk Bumiputera, tetapi kembali kepada akar – Khairul Naim

18 jam yang lalu
Ong Kian Ming bimbang kenyataan Anwar mengenai Taiwan jejaskan pelaburan, perdagangan

Ong Kian Ming keluar DAP

31 Ogo 2026
Dari kiri: Profesor Madya Dr Shahsuzan Zakaria, Dr Muhammad Syukri Abdullah, Ariff Khalid, Yusrie Mohd Daud, Muhamad Aidil Tasnim Roslan

Belanjawan 2027: Rakyat mahu pertumbuhan ekonomi benar-benar terasa

24 Ogo 2026
Marcos gesa rakyat Filipina teruskan legasi wira negara

Marcos gesa rakyat Filipina teruskan legasi wira negara

31 Ogo 2026
Akta baharu mudahkan syarikat bermasalah diselamatkan, lindungi pekerjaan

Akta baharu mudahkan syarikat bermasalah diselamatkan, lindungi pekerjaan

4 jam yang lalu
Muka Satu

Muka Satu membawakan berita semasa, politik, ekonomi, dunia dan sukan secara pantas, tepat dan mudah difahami. Ikuti perkembangan terkini yang penting untuk anda.

Ikuti Kami

Kategori

  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat

Hubungi Kami

  • Sidang Pengarangeditor@mukasatu.com
  • Iklan & Kerjasamaiklan@mukasatu.com
  • Peluang Kerjayakerjaya@mukasatu.com
  • Pertanyaan Aminfo@mukasatu.com
  • Tetapan Kuki
  • Dasar Privasi
  • Kerjaya
  • Penafian & Hak Cipta
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Terma Penggunaan

© 2026 Muka Satu Media (003882276-D). Hak cipta terpelihara.

►
Kuki perlu membolehkan fungsi asas laman seperti log masuk selamat dan tetapan persetujuan. Ia tidak menyimpan data peribadi.
Tiada
►
Kuki fungsi menyokong ciri seperti perkongsian kandungan di media sosial, pengumpulan maklum balas, dan penggunaan alat pihak ketiga.
Tiada
►
Kuki analitik merekod interaksi pelawat bagi memberi gambaran tentang jumlah pelawat, kadar lantunan, dan sumber trafik.
Tiada
►
Kuki iklan memaparkan iklan bersesuaian berdasarkan lawatan lepas anda dan menilai keberkesanan kempen iklan.
Tiada
►
Kuki tidak dikelaskan ialah kuki yang sedang dalam proses pengelasan bersama penyedia kuki berkenaan.
Tiada
Tiada hasil
Lihat semua hasil
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat

© 2026 Muka Satu Media (003882276-D). Hak cipta terpelihara.

Paling Dibaca
1Pengusaha tuna Malaysia pertama raih pensijilan MSC2Loji nanas RM1.03 bilion di Miri, MAHA raih komitmen RM1.49 bilion hari pertama3Jerebu cecah paras bahaya, industri perlu kurangkan pelepasan udara4Gempa 5.5 landa Halmahera, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia