Muka Satu
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat
Tiada hasil
Lihat semua hasil
Muka Satu
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat
Tiada hasil
Lihat semua hasil
Muka Satu
Tiada hasil
Lihat semua hasil
UtamaEkonomi

Akta baharu mudahkan syarikat bermasalah diselamatkan, lindungi pekerjaan

Meja Ekonomi oleh Meja Ekonomi
1 September 2026 @ 4:33 pm
Akta baharu mudahkan syarikat bermasalah diselamatkan, lindungi pekerjaan
6
PAPARAN

PUTRAJAYA — Syarikat yang berdepan masalah kewangan membabitkan aset, pemiutang atau prosiding di beberapa negara kini mempunyai kerangka lebih tersusun untuk diselamatkan menerusi Akta Insolvensi Rentas Sempadan 2026 yang berkuat kuasa sejak 28 Ogos lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, akta itu menyediakan mekanisme khusus bagi mengendalikan kes insolvensi yang melibatkan lebih daripada satu bidang kuasa.

Menurut kenyataan bersama mereka hari ini, pelaksanaan akta tersebut dijangka meningkatkan kecekapan pengurusan kes sedemikian selain memperkukuh kerjasama antara mahkamah dan pihak berkuasa berkaitan.

“Akta ini turut membantu memaksimumkan nilai aset penghutang dan memudahkan penyelamatan perniagaan bagi melindungi pelaburan serta memelihara pekerjaan,” menurut kenyataan itu.

Baca Juga
Era Tim Cook berakhir, John Ternus ambil alih Apple dengan misi kejar AIPMKS dapat tambahan RM1 bilion pembiayaan mikro, geran RM200 jutaAmbang pengecualian e-Invois dinaikkan kepada RM3 juta setahun

Akta berkenaan turut memberi kepastian undang-undang yang lebih jelas kepada pemiutang dan pihak berkepentingan apabila sesebuah kes insolvensi mempunyai kaitan dengan beberapa negara.

Ia berasaskan Undang-Undang Model Insolvensi Rentas Sempadan yang diterima pakai oleh Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Perdagangan Antarabangsa (UNCITRAL), namun disesuaikan dengan sistem perundangan, amalan kehakiman, keadaan ekonomi dan kepentingan awam Malaysia.

Azalina dan Armizan berkata, penguatkuasaan akta itu juga selaras dengan agenda reformasi undang-undang Kerajaan MADANI dalam memastikan kerangka perundangan negara kekal relevan dengan perkembangan ekonomi dan perdagangan antarabangsa.

Kerajaan, menurut mereka, komited memastikan akta tersebut dilaksanakan secara teratur dan berkesan bagi memperkukuh daya tahan ekonomi serta kedudukan Malaysia sebagai destinasi perdagangan dan pelaburan antarabangsa.

Tag: Armizan Mohd AliAzalina Othman Said
Berita Seterusnya
Segmen hiliran IOI Corp bangkit, keuntungan melonjak lebih 100%

Segmen hiliran IOI Corp bangkit, keuntungan melonjak lebih 100%

Foto FB Malaysian Meteorological Department

Gempa 5.5 landa Halmahera, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

Jerebu cecah paras bahaya, industri perlu kurangkan pelepasan udara

Jerebu cecah paras bahaya, industri perlu kurangkan pelepasan udara

Waktu Solat

Kuala Lumpur & Putrajaya · 1 September 2026
Subuh06:00
Syuruk07:07
Zohor13:16
Asar16:24
Maghrib19:21
Isyak20:30
Sumber: JAKIM e-Solat
Surat Berita

Dapatkan berita terus ke inbox

Ringkasan berita utama Muka Satu.

Dengan melanggan anda bersetuju dengan Dasar Privasi Muka Satu.

Terkini

Jerebu cecah paras bahaya, industri perlu kurangkan pelepasan udara

Jerebu cecah paras bahaya, industri perlu kurangkan pelepasan udara

18 minit yang lalu
Foto FB Malaysian Meteorological Department

Gempa 5.5 landa Halmahera, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

58 minit yang lalu
Segmen hiliran IOI Corp bangkit, keuntungan melonjak lebih 100%

Segmen hiliran IOI Corp bangkit, keuntungan melonjak lebih 100%

1 jam yang lalu
Akta baharu mudahkan syarikat bermasalah diselamatkan, lindungi pekerjaan

Akta baharu mudahkan syarikat bermasalah diselamatkan, lindungi pekerjaan

2 jam yang lalu
Rubio puji hubungan hampir tujuh dekad AS-Malaysia, mahu kerjasama diperkukuh

Rubio puji hubungan hampir tujuh dekad AS-Malaysia, mahu kerjasama diperkukuh

3 jam yang lalu

Paling Dibaca

UiTM tegaskan mandat perkasa Bumiputera, golongan kurang akses terus diberi perhatian

UiTM perlu kekal untuk Bumiputera, tetapi kembali kepada akar – Khairul Naim

17 jam yang lalu
Ong Kian Ming bimbang kenyataan Anwar mengenai Taiwan jejaskan pelaburan, perdagangan

Ong Kian Ming keluar DAP

31 Ogo 2026
Dari kiri: Profesor Madya Dr Shahsuzan Zakaria, Dr Muhammad Syukri Abdullah, Ariff Khalid, Yusrie Mohd Daud, Muhamad Aidil Tasnim Roslan

Belanjawan 2027: Rakyat mahu pertumbuhan ekonomi benar-benar terasa

24 Ogo 2026
Marcos gesa rakyat Filipina teruskan legasi wira negara

Marcos gesa rakyat Filipina teruskan legasi wira negara

31 Ogo 2026
Messi tamatkan perjalanan 21 tahun bersama Argentina

Messi tamatkan perjalanan 21 tahun bersama Argentina

17 jam yang lalu
Muka Satu

Muka Satu membawakan berita semasa, politik, ekonomi, dunia dan sukan secara pantas, tepat dan mudah difahami. Ikuti perkembangan terkini yang penting untuk anda.

Ikuti Kami

Kategori

  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat

Hubungi Kami

  • Sidang Pengarangeditor@mukasatu.com
  • Iklan & Kerjasamaiklan@mukasatu.com
  • Peluang Kerjayakerjaya@mukasatu.com
  • Pertanyaan Aminfo@mukasatu.com
  • Tetapan Kuki
  • Dasar Privasi
  • Kerjaya
  • Penafian & Hak Cipta
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Terma Penggunaan

© 2026 Muka Satu Media (003882276-D). Hak cipta terpelihara.

►
Kuki perlu membolehkan fungsi asas laman seperti log masuk selamat dan tetapan persetujuan. Ia tidak menyimpan data peribadi.
Tiada
►
Kuki fungsi menyokong ciri seperti perkongsian kandungan di media sosial, pengumpulan maklum balas, dan penggunaan alat pihak ketiga.
Tiada
►
Kuki analitik merekod interaksi pelawat bagi memberi gambaran tentang jumlah pelawat, kadar lantunan, dan sumber trafik.
Tiada
►
Kuki iklan memaparkan iklan bersesuaian berdasarkan lawatan lepas anda dan menilai keberkesanan kempen iklan.
Tiada
►
Kuki tidak dikelaskan ialah kuki yang sedang dalam proses pengelasan bersama penyedia kuki berkenaan.
Tiada
Tiada hasil
Lihat semua hasil
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat

© 2026 Muka Satu Media (003882276-D). Hak cipta terpelihara.

Paling Dibaca
1Jerebu cecah paras bahaya, industri perlu kurangkan pelepasan udara2Gempa 5.5 landa Halmahera, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia3Segmen hiliran IOI Corp bangkit, keuntungan melonjak lebih 100%4Akta baharu mudahkan syarikat bermasalah diselamatkan, lindungi pekerjaan