Mukasatu
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat
Tiada hasil
Lihat semua hasil
Mukasatu
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat
Tiada hasil
Lihat semua hasil
Mukasatu
Tiada hasil
Lihat semua hasil
UtamaEkonomi

PMKS dapat tambahan RM1 bilion pembiayaan mikro, geran RM200 juta

Wartawan Mukasatu oleh Wartawan Mukasatu
30 Ogos 2026 @ 5:41 pm
PMKS dapat tambahan RM1 bilion pembiayaan mikro, geran RM200 juta
0
PAPARAN

PUTRAJAYA — Kerajaan mengumumkan tambahan RM1 bilion bagi kemudahan pembiayaan mikro untuk perniagaan kecil, menjadikan keseluruhan dana pembiayaan berkenaan bagi 2026 meningkat daripada RM5 bilion kepada RM6 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu diambil bagi membantu perusahaan mikro dan perniagaan kecil yang masih berdepan kekangan untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan.

“Kerajaan akan menambah kemudahan pembiayaan mikro perniagaan-perniagaan kecil sebanyak RM1 bilion, menjadikan keseluruhan dana bagi 2026 daripada RM5 bilion kepada RM6 bilion,” katanya ketika menyampaikan Amanat Perdana sempena Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Dalam masa sama, kerajaan turut memperkenalkan Geran Sejahtera MADANI berjumlah RM200 juta bagi membantu penjaja, peniaga kecil, peniaga pasar malam serta golongan yang menjalankan perniagaan dari rumah.

Menurut Anwar, bantuan itu antara langkah kerajaan menangani kekangan yang masih dihadapi pengusaha kecil termasuk golongan ibu yang menjalankan aktiviti perniagaan dari rumah.

Pengumuman itu dibuat bersama beberapa langkah lain yang memberi tumpuan kepada PMKS, termasuk peningkatan ambang pengecualian pelaksanaan e-Invois daripada RM1 juta kepada RM3 juta setahun.

Baca Juga
Ambang pengecualian e-Invois dinaikkan kepada RM3 juta setahunDana rampasan hasil haram akan dikembalikan kepada rakyat — AnwarRM1.5 bilion selenggara sekolah, 100,000 belia dapat akses AI percuma

Dengan keputusan itu, perniagaan yang mencatatkan jualan tahunan tidak melebihi RM3 juta tidak diwajibkan melaksanakan e-Invois.

Anwar berkata, kerajaan memilih untuk melaksanakan beberapa ikhtiar lebih awal selepas mengambil kira tekanan yang sedang dihadapi rakyat dan perniagaan tanpa menunggu pembentangan Belanjawan 2027 pada Oktober.

“Tekanan sara hidup tak tunggu bulan Oktober, perniagaan perlu berkembang sekarang, tak boleh tunggu bulan Oktober,” katanya.

Beliau berkata, langkah yang diumumkan kerajaan bertolak daripada prinsip bahawa perkembangan ekonomi negara perlu diterjemahkan kepada manfaat yang dapat dirasai rakyat.

“Pertumbuhan ekonomi negara mesti dikembalikan kepada rakyat,” katanya.

Selain bantuan kepada PMKS, kerajaan turut mengumumkan peningkatan kelayakan BUDI95 kepada 300 liter sebulan, tambahan peruntukan penyelenggaraan sekolah kepada RM1.5 bilion, akses aplikasi kecerdasan buatan kepada 100,000 belia serta RM1 bilion bagi memperkukuh digitalisasi sektor kesihatan awam.

Tag: Anwar IbrahimHari KebangsaanPMKS
Berita Seterusnya
Dana rampasan hasil haram akan dikembalikan kepada rakyat — Anwar

Dana rampasan hasil haram akan dikembalikan kepada rakyat — Anwar

Malaysia hantar SMART ke Nepal, sumbang AS$1 juta bantu mangsa banjir

Malaysia hantar SMART ke Nepal, sumbang AS$1 juta bantu mangsa banjir

Ong Kian Ming bimbang kenyataan Anwar mengenai Taiwan jejaskan pelaburan, perdagangan

Ong Kian Ming keluar DAP

Waktu Solat

Kuala Lumpur & Putrajaya · 31 Ogos 2026
Subuh06:00
Syuruk07:08
Zohor13:16
Asar16:25
Maghrib19:21
Isyak20:31
Sumber: JAKIM e-Solat
Surat Berita

Dapatkan berita terus ke inbox

Ringkasan berita utama Muka Satu.

Dengan melanggan anda bersetuju dengan Dasar Privasi Muka Satu.

Terkini

Marcos gesa rakyat Filipina teruskan legasi wira negara

Marcos gesa rakyat Filipina teruskan legasi wira negara

1 jam yang lalu
Indonesia desak OIC bertindak tegas terhadap pelanggaran Israel

Indonesia desak OIC bertindak tegas terhadap pelanggaran Israel

1 jam yang lalu
Ong Kian Ming bimbang kenyataan Anwar mengenai Taiwan jejaskan pelaburan, perdagangan

Ong Kian Ming keluar DAP

2 jam yang lalu
Malaysia hantar SMART ke Nepal, sumbang AS$1 juta bantu mangsa banjir

Malaysia hantar SMART ke Nepal, sumbang AS$1 juta bantu mangsa banjir

20 jam yang lalu
Dana rampasan hasil haram akan dikembalikan kepada rakyat — Anwar

Dana rampasan hasil haram akan dikembalikan kepada rakyat — Anwar

20 jam yang lalu

Paling Dibaca

Dari kiri: Profesor Madya Dr Shahsuzan Zakaria, Dr Muhammad Syukri Abdullah, Ariff Khalid, Yusrie Mohd Daud, Muhamad Aidil Tasnim Roslan

Belanjawan 2027: Rakyat mahu pertumbuhan ekonomi benar-benar terasa

24 Ogo 2026
5,000 pelarian Myanmar dihantar pulang secara berperingkat, fasa pertama 29 September

5,000 pelarian Myanmar dihantar pulang secara berperingkat, fasa pertama 29 September

27 Ogo 2026
Paduka kekanda Sultan Pahang mangkat

Paduka kekanda Sultan Pahang mangkat

27 Ogo 2026
Joao Pedro menjaringkan gol pembukaan Chelsea seawal saat ke-31 ketika menentang Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Craven Cottage, London. - Foto REUTERS

Pedro cipta rekod, Chelsea tewaskan Fulham 3-2

25 Ogo 2026
PRN Melaka: PN dakwa hampir sepakat, PH buka rundingan, BN masih timbang ‘jodoh’

PRN Melaka: PN dakwa hampir sepakat, PH buka rundingan, BN masih timbang ‘jodoh’

23 Ogo 2026
Mukasatu

Muka Satu membawakan berita semasa, politik, ekonomi, dunia dan sukan secara pantas, tepat dan mudah difahami. Ikuti perkembangan terkini yang penting untuk anda.

Ikuti Kami

Kategori

  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat

Hubungi Kami

  • Sidang Pengarangeditor@mukasatu.com
  • Iklan & Kerjasamaiklan@mukasatu.com
  • Peluang Kerjayakerjaya@mukasatu.com
  • Pertanyaan Aminfo@mukasatu.com
  • Tetapan Kuki
  • Dasar Privasi
  • Kerjaya
  • Penafian & Hak Cipta
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Terma Penggunaan

© 2026 Muka Satu Media (003882276-D). Hak cipta terpelihara.

►
Kuki perlu membolehkan fungsi asas laman seperti log masuk selamat dan tetapan persetujuan. Ia tidak menyimpan data peribadi.
Tiada
►
Kuki fungsi menyokong ciri seperti perkongsian kandungan di media sosial, pengumpulan maklum balas, dan penggunaan alat pihak ketiga.
Tiada
►
Kuki analitik merekod interaksi pelawat bagi memberi gambaran tentang jumlah pelawat, kadar lantunan, dan sumber trafik.
Tiada
►
Kuki iklan memaparkan iklan bersesuaian berdasarkan lawatan lepas anda dan menilai keberkesanan kempen iklan.
Tiada
►
Kuki tidak dikelaskan ialah kuki yang sedang dalam proses pengelasan bersama penyedia kuki berkenaan.
Tiada
Tiada hasil
Lihat semua hasil
  • Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Dunia
  • Ekonomi
  • Niaga
  • Sukan
  • Pendapat

© 2026 Muka Satu Media (003882276-D). Hak cipta terpelihara.

Paling Dibaca
1Marcos gesa rakyat Filipina teruskan legasi wira negara2Indonesia desak OIC bertindak tegas terhadap pelanggaran Israel3Ong Kian Ming keluar DAP4Malaysia hantar SMART ke Nepal, sumbang AS$1 juta bantu mangsa banjir